MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

tersebut dan ia hadir dengan sendirinya. Ada sesetengah orang sudah meminati sesuatu bidang semenjak dari awal, ada yang mula meminati bidang yang diceburi sewaktu dipertengahan dan ada hanya mendapat minat dipenghu- jungnya. Bagi saya minat itu akan datang apabila kita mengenali per- kara tersebut. Setelah saya men- genali dan mengetahui secara lebih terperinci berkenaan ilmu Perbandingan Agama, minat saya terhadapnya kian bertambah dan kemudiannya saya jatuh cinta ter- hadap bidang ini. Mengenai faktor penglibatan saya dalam bidang ini, antara faktor yang mendorong saya melibatkan diri dalam bidang Perbandingan Agama ini adalah untuk membina kerjaya saya yang bercita-cita un- tuk menjadi pensyarah yang pro- fessional. Pada peringkat awalnya saya tidak menjangkakan perkara tersebut, ini kerana saya hanyalah anak ke- pada seorang petani di Kelantan, namun saya telah diasuh untuk mempercayai bahawa Allah telah mengaturkan setiap rezeki kita, dan tidak ada perkara yang mus- tahil bagi Allah. Selain daripada itu, bagi saya, karier yang saya ceburi sekarang ini tidak mempu- nyai risiko yang besar dan ianya berkonsepkan santai tetapi profes- sional. Di samping bekerja, saya dapat menyumbang bakti kepada mas- yarakat dengan mengajar maha- siswa dan masyarakat setempat, berpeluang membuat penyeli- dikan, menulis buku, mengadakan aktiviti dan lawatan akademik ke tempat-tempat agama berlainan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Saya melihat bidang Perbandingan Agama ini memiliki keunikan tersendiri. Sebagai con- toh, melalui bidang ini kita dapat mengenali pelbagai agama dan budaya dalam dan luar negara. Se- karang aktiviti kami dalam bidang ini tidak hanya tertumpu kepada agama Islam dan kaum Melayu sahaja, malah ianya memberi pel- uang kepada kita untuk mendekati orang Cina dan orang India serta kaum-kaum yang lain. Tambah- an pula, apabila kita sering ber- gaul dengan masyarakat berlainan bangsa, akan timbulnya rasa hor- mat menghormati, toleransi dan sebagainya. Antara faktor lain yang menja- di motivasi kepada saya untuk menceburi dan terus meminati bidang ini ialah sumbangan yang 17

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=