MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

jian diperingkat Doktor Falsafah (PhD) di La Trobe Universitiy, Bendigo, Australia. Atas masalah teknikal pihak La Trobe Univer- sity, saya kemudiannya berpindah keMonash Univeristy, Melbourne, Australia dan meneruskan kajian PhD saya dalam bidang Perband- ingan Agama. Alhamdulillah, di sana saya didedahkan dengan pelbagai perkara baharu, suasana yang baru serta pendidikan yang sistematik. Selain itu, saya berpeluang ber- komunikasi dengan masyarakat Barat yang terdiri daripada pel- bagai bangsa dan agama. Dalam situasi itulah saya mula belajar un- tuk menjadi “academician,” dima- na saya telah menyertai beberapa program akademik, membentang- kan kertas projek, menyediakan penulisan artikel, terlibat dalam penyelidikan dan sebagainya. Ke- semua itu amat membantu saya untuk lebih aktif dan lebih mantap dalam bidang akademik yang saya ceburi. Kini saya telah menulis dan menerbitkan beberapa buku, artikel jurnal dan artikel santai samada secara berseorangan atau secara berkumpulan. Di samping itu, saya juga terlibat dalam aktiviti antara agama, sep- erti dialog antara agama, lawatan akademik ke tempat suci pelbagai agama, program sosial bersama masyarakat, pembentangan aka- demik, penyelidikan bersama dan sebagainya. Itu semua memberi- kan kelebihan kepada saya apabila dilantik untukmemegang jawatan- jawatan penting. Hal ini kerana, saya telah diberikan pendedahan sewaktu peringkat universiti se- hingga ke peringkat antrabangsa. Alhamdulillah, setelah menamat- kan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, saya telah dilantik men- jadi pensyarah pada tahun 2013 dan dilantik sebagai ketua pro- gram sekitar tahun 2015. Walaubagaimanapun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, antara penyebab kejayaan yang saya keca- pi pada hari ini adalah berkat doa daripada ibu bapa dan keluarga yang selalu mendoakan saya un- tuk semakin berjaya dalam bidang yang diceburi. Apakah faktor pengli- batan Dr. dalam bidang yang diceburi sekarang? Faktor utama saya menceburi bidang ini ialah minat terhadap sesuatu bidang yang membuat- kan saya ingin mendalami bidang 16

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=