MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

ama (Sekolah Menengah Ugama Arab Meheliah, Geting Tumpat). Di sana saya banyakmenimba ilmu dan pengalaman yang membantu saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Selepas tamat persekolahan, Al- hamdulillah saya diberi peluang menyambung pengajian di UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), bermula di Pusat Matri- kulasi UIA Petaling Jaya selama dua tahun dan kemudiannya me- neruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Ilmu Wahyu di Kampus utama UIA, Gombak. Pengkhususan bidang yang saya ceburi ialah Usuluddin dan Perbandingan Agama. Ketika saya masih belajar di UIA, Alham- dulillah saya sempat menerbitkan 2 buah buku yang berjudul “4 Ag- ama Monoteisme” dan “Panduan Memilih Agama.” Ini adalah salah satu daripada inisiatif saya yang cintakan ilmu Perbandingan Ag- ama dan usaha untuk mengabadi- kan nota-nota pelajaran saya ten- tang Ilmu Perbandingan Agama dalam bentuk buku agar nota dan ilmu ynag dipelajari tidak hilang dimamah usia. Selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda sekitar tahun 2004- 2005, saya meneruskan lagi pen- gajian saya ke peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Perband- ingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada keti- ka itu, saya mengalami sedikit ma- salah dari segi kewangan dan saya telah bertemu dengan salah seo- rang pensyarah saya dan ada me- maklumkannya tentang masalah saya. Lalu beliau membacakan ayat Seribu Dinar dan menasihati saya supaya bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan berikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Selepas daripada itu, saya selalu berpegang dengan kata-kata beli- au dan mengamalkan ayat seribu dinar. Alhamdulillah, ketika saya men- yambung pengajian peringkat Sarjana, saya mendapat tajaan dan bantuan yang lain yang tidak pernah saya sangka. Saya juga ada melakukan kerja-kerja sampingan seperti bekerja sebagai pemban- tu penyelidik dan menjadi tutor sambilan di UIA, Gombak. Disit- ulah berkembangnya pengalaman akademik saya. Saya juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Pusat Matrikulasi UIA, Petaling Jaya. Seterusnya saya diterima bekerja di USIM sebagai tutor dan berpeluang meneruskan penga- 15

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=