MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

Bolehkah Dr. perkenalkan diri secara ringkas? Bismillahirrahmanirrahim, Assal- amu’alaikum. Nama saya Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman. Saya berasal dari Tumpat, Kelantan. Saya merupakan anak kedua dar- ipada sembilan orang adik-bera- dik. Ibu bapa saya ialah petani dan kami hidup secara sederhana. Walaupun begitu saya amat kagum terhadap ibu saya, mungkin antara rahsia saya dan adik beradik yang lain berjaya ialah kerana ibu bapa kami yang selalu istiqomah dalam ibadah dan selalu mendoakan ke- jayaan kami. Alhamdulillah, kini saya bekerja sebagai pensyarah di institusi tem- patan dan ramai adik beradik saya berkerja dalam institusi Pendi- dikan, dan ada juga dalam bidang Perundangan dan Kesihatan. Saya sudah berkahwin dan isteri saya juga berasal dari Kelantan. Hasil dari perkahwinan ini, Alhamdulil- lah kami dikurniakan 5 orang ca- haya mata. Apakah kepakaran Dr. da- lam bidang akademik? Kepakaran saya ialah dalam bidang Perbandingan Agama dan Akidah Islam atau Usuluddin. Namun pengkhususan kepakaran saya ialah dalam bidang Perband- ingan Agama. Bolehkah Dr. ceritakan sedikit pengalaman dan latar belakang dari aspek akademik? Seperti orang lain, saya mem- ulakan pengajian dari Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan Get- ing, Tumpat Kelantan), kemudian memasuki Sekolah Menengah Ag- Dr. Mohd Rosmizi bin Abdul Rahman kenali pensyarah 14 Wawancara oleh: Rahimi Ridzuan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=