MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
Manakala aneka pula bermaksud banyak ataupun pelbagai. Konsep inilah yangmendasari konsep ketu- hanan dalam agama Hindu. Dalam ajaran Hindu, Tuhan difahami dan dipercayai bersifat eka aneka, iai- tu satu dalam kepelbagaian dan kepelbagaian yang satu. Dalam pengamatan Uthaya Sankar, kon - sep eka aneka ini boleh disamakan atau disetarakan dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā dalam ajaran Islam. Bagi Uthaya Sankar, Tuhan dalam ajaran Hindu adalah satu dan mempunyai pelbagai sifat sep- ertimana Allah SWT dalam ajaran Islam yang mempunyai 99 nama. Perkara ini telah dinyatakan se- banyak dua kali dalam bukunya. Namun begitu, oleh kerana kon - sep ketuhanan dalam agama Is- lam tidak sama dengan konsep ketuhanan dalam agama Hindu, maka konsep eka aneka juga tidak dapat disetarakan dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā dalam ajaran Islam. Konsep ketuhanan dalam Islam adalah dibina berasaskan konsep tawḥīd: tawḥīd al-Dhāt (zat yang esa), tawḥīd al-Afcāl (mengesakan perbuatan-perbua- tan Allah SWT), dan tawḥīd al- Asmā’ (mengesakan nama-nama Allah SWT). Syiar tawḥīd dalam Islam tidak hanya bermaksud mengesakan Allah SWT dari sudut kiraan atau bilangan, malah turut bermaksud menafikan daripada Allah SWT sebarang kekurangan dan kemakhlukan sama ada dari sudut zat, sifat, perbuatan dan namaNya. Konsep ketuhanan da - lam ajaran Hindu pula mengajar- kan tuhan adalah satu. Tetapi para penganut Hindu juga diajarkan untuk menyembah banyak tuhan melalui bhagavan (intermediate atau wasilah) dan tuhan-tuhan ini juga mempunyai pelbagai avatar dan inkarnasi yang berbeza-beza. Oleh itu, disebabkan perbezaan yang ketara ini, eka aneka bukan- lah al-Asmā’ al-Ḥusnā. Malah eka aneka juga tidak dapat disamakan dengan al- Asmā’ al-Ḥusnā. 13
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=