MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
(Ibn Abi al-‘Izz, 1990; Nuh ‘Ali Salman al-Qudah, 1999, 12-13; al-Bayjuri, 2002, 38-41). Ini juga menunjukkan perbezaan dalam pemahaman konsep tawḥīd yang dihuraikan dalam ajaran Islam dan dalam lafaz Uthaya Sankar seperti berikut: “sebelum sesiapa mem - buat tafsiran yang salah, biar saya tekankan bahawa sebagai salah satu agama terawal di dunia, ajaran Hindu menekankan konsep tauhid, iaitu keesaan tuhan” (2015, 71). Sebagai natijah, konsep ketuhanan Islam dan Hindu yang berbeza memberikan indikasi bahawa kon- sep eka aneka tidak dapat disa- makan dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā. Meskipun Uthaya San - kar mendakwa bahawa konsep ketuhanan Hindu adalah tunggal, esa, ataupun satu; akan tetapi, ini tidak dapat menafikan hakikat yang diajarkan dalam ajaran Hin- du, di mana para penganutnya juga menyembah banyak tuhan melalui bhagavan (perantaraan patung atau gambar). Malah, tuhan-tuhan ini juga mempunyai pelbagai avatar dan inkarnasi dalam pelbagai ben- tuk dan rupa yang berbeza-beza. Hakikat yang sama juga telah dib- incangkan oleh Profesor Friedrich Max Muller apabila telah menis- bahkan terminologi henoteisme bagi agama Hindu, bukannya monoteisme ataupun politeisme. Malah, hal ini juga telah dibin- cangkan oleh Abu Rayḥān al- Bīrūnī (lahir 972M) dalam kitabn - ya yang bertajuk Fī Taḥqīq Mā Li al-Hind Min Maqūlah Maqbūlah Fī al-cAql Aw Mardhūlah. Dalam kenyataan al-Bīrūnī, golongan Brahmin menyembah hanya satu tuhan dan golongan selain Brah- min pula dibenarkan menyem- bah banyak tuhan sesuai dengan tahap kefahaman agama mereka. KESIMPULAN Malaiur Manikam adalah sebuah buku terbitan Dubook Press yang mempersembahkan koleksi 25 buah esei mengenai pelbagai topik seperti isu-isu kebudayaan, keag- amaan dan sejarah pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Antara topik yang telah dimasukkan oleh penulis dalam buku ini adalah mengenai konsep eka aneka da- lam agama Hindu yang dikatakan sama dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā dalam ajaran Islam. Perkataan eka aneka adalah berasal daripada perkataan Sanskrit. Eka bermaksud satu ataupun tunggal. 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=