MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
sekalian makhluk untuk memo- hon sebarang hajat. (2) Dia tia - da beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan- Nya. (4)” (Surah al-Ikhlas 112: 1-4). Dalam Surah al-Shura 42, ayat 11 pula, Allah SWT ada menyebutkan: “...Tiada sesuatu - pun yang sebanding dengan (Za- tNya, sifat-sifatNya dan pentad - biranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” Rajah 1: Pembahagian Konsep Tawḥīd menurut Imam al-Qurtubi (2005) Berdasarkan konsep tawḥīd Is - lam ini, penulis mendapati Utha - ya Sankar telah membuat misalan yang salah apabila menyamakan konsep eka aneka dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā dalam ajaran Islam. Kata Uthaya: “untuk re - kod, sebagaimana Asmaul Husna (99 nama yang teragung, termulia dan terindah) tetap merujuk ke- pada Allah yang Maha Esa dalam agama Islam, nama-nama yang saya senaraikan di atas juga meru- juk kepada tuhan yang Maha Esa menurut ajaran Hindu” (2015, 73). Sebagai penegasan, konsep tawḥīd Islam tidak mengajarkan bahawa Tuhan itu mempunyai rupa makh - luk, memiliki avatar, berinkarna- si dan memiliki sifat-sifat seperti makhluk. Dalam ajaran Islam, ti - dak dinamakan tuhan, sekiranya zat, sifat, perbuatan dan namanya memberikan gambaran kemakh- lukan. Ini termasuklah zat tuhan yang memiliki anggota badan semisal manusia atau binatang, mempunyai sifat lalai dan mem- buat silap, memiliki perbuatan berkahwin dan tidur, dan mempu- nyai nama-nama yang tidak sesuai dengan ketinggian dan keagungan Allah SWT. Kesemua zat, sifat, perbuatan dan nama yang tidak sesuai ini dinafikan melalui kon - sep tawḥīd Islam. Syiar tawḥīd da - lam Islam tidak hanya bermaksud mengesakan Allah SWT dari sudut kiraan atau bilangan, malah turut bermaksud menafikan daripadaAl - lah SWT sebarang kekurangan dan kemakhlukan sama ada dari sudut zat, sifat, perbuatan dan namaNya 11
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=