MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

araikan di atas juga merujuk kepa- da tuhan yang Maha Esa menurut ajaran Hindu” (2015, 72-73). KONSEP KETUHANAN DALAM AJARAN ISLAM DAN HINDU: SUATU PERBANDINGAN RING - KAS Untuk memahami lebih menda - lam berkenaan isu eka aneka tidak setara dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā dalam ajaran Islam, seseorang itu dicadangkan untuk meneroka dan memahami konsep ketuhanan dalam ajaran Islam dan Hindu. Sepertimana yang diajar - kan dalam disiplin ilmu perbandin- gan agama, kesemua agama men- gajarkan konsep ketuhanan yang berbeza-beza. Adalah mustahil ter - dapat dua atau lebih agama yang mengajarkan konsep ketuhanan yang sama atau persis seratus pera- tus. Perbezaan yang dimiliki oleh setiap agama inilah yang membe- zakan antara satu dengan yang lain dan menjadi ciri-ciri unik bagi se- tiap agama yang ada di Malaysia. Konsep ketuhanan dalam Islam adalah dibina berasaskan konsep tawḥīd. Dalam kitab yang meng - huraikan mengenai 99 nama Al- lah, pentauhidan ini merangkumi tawḥīd al-Dhāt (zat yang esa), tawḥīd al-Afcāl (mengesakan per - buatan-perbuatanAllah SWT), dan tawḥīd al-Asmā’ (mengesakan na - ma-nama Allah SWT) (al-Sanūsī, 1971; al-Ghazali, 2003; al-Qurtu - bi, 2005). Kesemua konsep tawḥīd ini pula adalah saling berkait dan tidak terpisah-pisah. Adalah mus - tahil Allah SWT yang diesakan pada nama-namaNya yang Maha Indah, pada sifat-sifatNya yang terpuji, dan pada perbuatan-per- buatanNya yang Maha Berkuasa; tetapi tidak diesakan pada ZatN - ya yang Maha Suci. Sebagai con - toh, apabila membicarakan dan menghayati keesaan Allah pada nama-namaNya yang Maha Men - gasihi, Maha Pembalas atau Maha Agung, seseorang itu mestilah mengikrarkan dan menetapkan da- lam hatinya bahawa kesemua na- ma-nama ini adalah sifat bagi Zat Allah SWT yang satu. Haram bagi seseorang Muslim untuk men- yamakan atau memberikan rupa kepada Allah dengan sebarang bentuk kemakhlukan atau sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=