MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019
tures delivered before the Uni - versity of Cambridge (1892:147), Muller menjelaskan seperti beri- kut: “Nama yang pendek ini, iai - tu henoteisme, lebih diterima oleh ramai orang dalam membezakan antara konsep monoteisme, iai- tu penyembahan tuhan yang satu, daripadahenoteisme, iaitupenyem- bahan tuhan-tuhan yang satu”. Namun begitu, dalam pengamatan Uthaya Sankar, konsep eka aneka ini juga boleh disamakan atau dise- tarakan dengan konsep al-Asmā’ al-Ḥusnā dalam ajaran Islam. Bagi Uthaya Sankar, Tuhan dalam aja - ran Hindu adalah satu dan mem- punyai pelbagai sifat sepertimana Allah SWT dalam ajaran Islam yang mempunyai 99 nama. Perk - ara ini telah dinyatakan sebanyak dua kali dalam bukunya. Kata be - liau: “sejumlah 99 nama itu tidak pula bermakna Allah hanya memi- liki 99 sifat atau lebih parah jika ada pihak yang beranggapan baha- wa terdapat 99 Tuhan selain dar - ipada Allah dalam agama Islam. Atas sebab inilah juga saya amat menggalakkan dialog antara ag- ama, supaya dapat merungkai apa- apa salah tanggap yang mungkin wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai agama. Antara nama yang digunakan berdasarkan si- fat-sifat Allah ialah Al-Khāliq iai - tu Maha Pencipta, Al-Waliyy iaitu Maha Melindungi dan Al-Mumīt iaitu Maha Mematikan. Kalau diperhatikan dalam konteks agama Hindu di mana Bahasa Sanskrit di- gunakan, sifat Tuhan yang Maha Pencipta dirujuk sebagai Brahma, Maha Melindungi dirujuk sebagai Vishnu dan Maha Mematikan di- rujuk sebagai Shiva” (2015, 69). Dalam halaman yang lain, Utha - ya sekali lagi menegaskan perkara yang sama seperti berikut: “mas - yarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia kemungkinan besar sudah biasa mendengar nama de- wa-dewi seperti Brahman, Vishnu, Shiva, Shakti, Laksmi, Krishna, Durga, Kali, Ganesha (Ganapa - thi), Murugan (Subramaniam) dan Narashima. Setiap dewa-dewi ada puluhan avatar dan inkarnasi. Ki - sah-kisah itu boleh dibaca dalam karya-karya purana dan epik India. Senarai nama-nama di atas mun- gkin membawa kita kembali kepa- da persoalan tentang jumlah Tuhan (Theivam, Iraivan, Kadavul) yang disembah orang Hindu. Untuk re - kod, sebagaimana Asmaul Husna (99 nama yang teragung, termulia dan terindah) tetap merujuk kepada Allah yang Maha Esa dalam agama Islam, nama-nama yang saya sen- 9
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=