MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 7 | 2019

eka aneka ini, Uthaya Sankar men - jelaskan pada halaman 68 bukun- ya seperti berikut: “sesungguhnya Eka Aneka adalah istilah Sanskrit tetapi sudah diserap masuk da- lam bahasa Malaysia. Tuhan yang berciri ‘Eka’ (Tunggal/Satu/Esa) juga bersifat ‘Aneka’ iaitu dikenali dengan pelbagai nama mengikut ṣifāt-Nya. Maknanya, walaupun dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza, Tuhan dalam ag - ama Hindu tetap Esa.” (2015) Penegasan mengenai konsep eka aneka ini dibuat oleh Uthaya San - kar dalam Malaiur Manikamnya untuk menjelaskan sifat Tuhan ag - ama Hindu yang satu dalam kepel- bagaian. “Sebelum sesiapa mem - buat tafsiran yang salah, biar saya tekankan bahawa sebagai salah satu agama terawal di dunia, ajaran Hindu menekankan konsep tauhid, iaitu Keesaan tuhan. Berbeza den - gan tanggapan (baca: salah tang - gap) dalam kalangan masyarakat tertentu, Tuhan dalam ajaran Hindu adalah Eka (Tunggal/Satu/ Esa).” (Uthaya Sankar, 2015, 71) Oleh itu, dalam ulasan Uthaya Sankar, agama Hindu bukanlah se- buah agama yang politeistik (poly- theistic), mengamalkan konsep politeisme (polytheism) atau men- gamalkan penyembahan banyak tuhan. Akan tetapi, agama Hindu adalah sebuah agama monoteistik (monotheistic) dan mengamal- kan penyembahan hanya satu tu- han sahaja iaitu tuhan Brahman. Menariknya, perkara yang sama juga pernah disentuh dan di- ulas oleh Profesor Friedrich Max Muller (1823-1900), seorang ori- entalis, pakar kajian India (Indolo- gy) dan ilmu perbandingan agama daripada Universiti Oxford. Bagi Muller, agama Hindu sebenarnya mengamalkan sistem kepercayaan henoteisme (henotheism) iaitu kepercayaan dan penyembahan kepada satu tuhan, tetapi dalam masa yang sama turut membe- narkan kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Dalam India: What Can it Teach Us? A Course of Lec - 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=