MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Penawar Bagi Hati – ‘Abdul Qadir Al-Mandili Ulasan Buku Oleh : Asma Hamizah binti Ghazali A pabila ditanya buku apa yang boleh di - jadikan sebagai bahan pembelajaran bagi seorang pelajar yang baru hendak belajar ilmu tasawuf ramai antara guru-guru tasawuf menyarankan untuk mengunakan buku ini. Penawar Bagi Hati, antara buku yang sering digunakan oleh guru-guru, ustaz-ustaz ataupun syeikh-syeikh di kuliah mahupun di mana-mana madrasah pengajian ilmu ag- ama. Buku yang telah lama popular sejak dahulu lagi dan kini masih dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin mempelajari ilmu tasawuf. Buku Penawar Bagi Hati ini merupakan salah satu karya Syeikh ‘Abdul Qādir Al-Mandīlī atau nama penuhnya ‘Abdul Qādīr bin Abdul Muṭallib al-Indūnīsī al- Tapānūlī al-Mandīlī. Seorang ulama yang terkenal di alam melayu. Berasal dar - ipada sebuah perkampungan di selatan Tapānūlī, utara Sumatera yang diberi nama sebagai kampung Singalanggang Padangsidempuan. Beliau mendapat gelaran al-Indūnīsī kerana beliau lahir di Indonesia manakala gelaran al- Mandīlī adalah kerana beliau berasal daripada kaum Batak di Tapānūlī yang dipanggil sebagai Maidailing. Seterusnya, gelaran al-Tapānūlī pula merujuk ke - pada tempat kelahiran beliau. Tiada data yang merekodkan tahun kelahiran beliau. Namun begitu berdasarkan rekod kedatangan beliau ke Kedah pada ta - hun 1924M, beliau berumur 14 tahun. Maka dapat diagak kemungkinan besar beliau lahir pada tahun 1910M. Ketinggian ilmu beliau sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Beliau bukan sahaja telah berjaya menghasilkan 24 buah buku dari pelbagai bidang agama seperti Usuluddīn, Fikah, Politik, Hadith, Undang-undang dan Akhlak malah be - liau telah mendapat pengiktirafan untuk mengajar di Mekah sewaktu beliau kALAm siswa 7

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=