MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
kita. Dan semua yang dibincangkan ini adalah terkait dengan tasawwuf. Jika kita menoleh kepada sirah Rasulullah saw dan kehidupan para sahabat baginda, kita akan dapati bahawa kehidupan mereka adalah kehidupan berta - sawwuf pada makna yang sebenarnya, meskipun istilah tasawwuf itu sendiri hanya muncul pada kurun kedua hijrah. Sebenarnya generasi awal Islam inilah yang menjadi contoh bagi kehidupan bertasawwuf kerana merekalah orang yang mempraktikkan hidup berzuhud, banyak beribadah, mengutamakan orang lain, memaafkan orang lain dan sentiasa mencari jalan untuk melakukan amalan yang boleh meraih kasih sayang Allah pada mereka. Rasulullah saw sendiri telah menunjukkan akhlak pemurah baginda dengan sentiasa member - ikan apa sahaja yang baginda ada kepada orang lain yang lebih memerlukan se - hingga tiada apa yang tinggal pada baginda. Sikap ini menggambarkan contoh kehidupan berzuhud yang amat tinggi. Banyak sekali dalil dan petunjuk yang memberi gambaran betapa pentingnya tasawwuf bagi mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Justeru jika ditim - bulkan persoalan apakah kita wajib bertasawwuf? Jawabnya sudah tentu ya, wajib kita bertasawwuf dalam hidup ini, iaitu pada kadar yang diperlukan un - tuk sekurang-kurangnya melepasi tuntutan kewajipan dalam beribadah seperti wajib ikhlas dalam ibadah, wajib menahan marah, wajib bersabar atas musi - bah, wajib bertaubat dari dosa dan maksiat, wajib menghilangkan rasa hasad terhadap seseorang dan sebagainya. Imam Sya’rani menjelaskan bahawa tasawwuf itu adalah intipati amalan seseo - rang hamba terhadap hukum-hukum syarak dengan syarat semua amalan itu mesti bebas dari pengaruh hawa nafsu. Takrifan seperti ini adalah lebih dekat dengan kita sebagai orang awam, kerana ia memberi pengertian bahawa seku - rang-kurang kadar bertasawwuf yang perlu ada pada seorang hamba adalah melaksanakan segala tuntutan syarak dengan disertai hati yang benar-benar tulus kepada Allah swt. Namun jika seseorang mahu terus mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berada dalam limpahan kasih sayangNya maka sudah pastilah tidak memadai dengan hanya dia bertasawwuf pada tahap ini, bahkan dia perlu memilih jalan bertasawwuf yang lebih tinggi dan serius dengan mengikuti jalan tarekat sufi yang dibimbing oleh guru mursyid yang muktabar. 6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=