MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
dari segala sifat mazmumah seperti riya’ dan sombong, dan seterusnya meng - hiasi hati kita dengan segala sifat mahmudah seperti ikhlas dan sabar. Apa itu Tasawwuf ? Secara ringkasnya tasawwuf adalah jalan untuk mensucikan hati dari segala kekotoran batin dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bagi mencapai keredaan Allah swt dan kasih sayangNya. Kita semua sedia maklum bahawa untuk mencapai kejayaan di akhirat sudah tentulah memerlukan hati kita bersih dari dosa, dan kita telah mendapat kere - daan dari Allah swt. Bagi membersihkan hati dan mendapat keredaan Allah swt itu memerlukan mujahadah yang berpanjangan dan cara yang betul bagi memperolehinya. Ia bukan mudah, tapi ia tetap perlu diusahakan. Maka mem - bersihkan hati dari dosa, mendekatkan diri kepada Allah swt, mengikhlaskan hati dalam beribadah, menundukkan hati kepada Allah swt, merasa reda den - gan segala takdir Allah swt ke atas kita dan pelbagai lagi hal-hal hati. Semua itu adalah intipati ajaran tasawwuf Islam yang kadang-kadang tidak disedari oleh ramai di kalangan masyarakat kita bahawa itu adalah sebahagian dari hidup bertasawwuf yang telah kita lalui. Sebagai hamba Allah kita sentiasa diperingatkan agar tidak termakan dengan godaan syaitan kerana syaitan adalah musuh yang nyata. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat licik dan boleh memerangkap manusia dengan pelbagai tipu dayanya. Justeru sukar sekali melepaskan diri dari perangkap syaitan me - lainkan dengan mempunyai ilmu yang berkaitan dengan syaitan itu sendiri, an - taranya mengetahui apakah pintu-pintu masuk yang disukai oleh syaitan yang ada pada hati manusia. Imam Al-Ghazali telah mengumpamakan hati manusia seumpama sebuah kubu pertahanan bagi sebuah kota. Pihak musuh apabila mahu menawan kota tersebut mestilah menguasai kubu tersebut terlebih da - hulu. Untuk masuk ke kubu tersebut sudah tentulah dengan melalui pintu-pin - tu masuknya yang telah dikenalpasti. Nah..begitulah syaitan dengan hati ma - nusia. Syaitan itu adalah musuh yang sentiasa ingin menguasai hati manusia, justeru ia berusaha masuk ke hati manusia menerusi pintu-pintu masuk yang terbuka. Oleh itu menjadi kewajipan kita untuk menutup pintu-pintu tersebut. Apakah pintu-pintu tersebut? Terdapat banyak sekali pintu-pintu masuk bagi syaitan di hati manusia seperti yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali antara - nya sifat marah, hasad, tamak, suu’zzon (sangka buruk), suka pada perhiasan, banyak makan sekalipun dari yang halal dan sebagainya. Dengan mengetahui pintu-pintu kesukaan syaitan ini dapatlah kita berjaga-jaga agar tidak membi - arkannya terbuka supaya sukarlah syaitan mahu menghampiri dan menggoda 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=