MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

dihasilkan bagi membantu masyarakat Islam yang ber- hadapan dengan masalah ini. Inilah antara ruang yang me- merlukan sumbangan saya. Kajian-kajian saya berkaitan masyarakat dan kepercayaan dapat membantu mereka un- tuk menjalani kehidupan den- gan mengimbangi antara tun- tutan agama dan cara hidup yang mereka amalkan. Apakah pesanan Dr. kepada pelajar-pelajar? Sebenarnya dunia pelajar ada- lah dunia yang paling ideal dan menarik. Suka saya kongsikan di sini bahawa pelajar yang dapat merasai kemanisan ilmu adalah pelajar yang sedang mengecapi kejayaan. Ber- dasarkan pemerhatian saya, pelajar dan ilmu seakan-akan telah terpisah pada masa ini. Ramai dalam kalangan mereka yang hanya melaksanakan tu- gas-tugas formal sebagai pe- lajar tanpa “ada hati” untuk menghayati ilmu secara men- dalam. Mereka berada dalam keadaan terpaksa untuk terus berada di kampus USIM ini. Semester demi semester ber- lalu hingga tamat pengajian. Ketahuilah bahawa menggalas tugas sebagai pelajar memer- lukan kesabaran yang tinggi. Mereka perlu sentiasa fokus dan kembali kepada asal tu- juan keberadaan mereka di sini iaitu untuk menuntut ilmu. Di luar sana terdapat begitu banyak tarikan yang akan menghilangkan fokus mereka terhadap pelajaran. Mereka kurang menyedari ba- hawa pensyarah di sini sen- tiasa ingin mencurahkan ilmu dan bakti, namun keadaan diri mereka yang tidak ber- sedia menjadikan hasrat itu terbantut dan berlalu begitu sahaja. Ingin saya tekankan di sini bahawa pelajar perlulah menghayati ayat Quran yang pertama diturunkan oleh Al- lah SWT yang bermaksud, “bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan..”. Sekiranya ayat ini dapat di- hayati, saya percaya bahawa mereka akan dapat menikmati kemanisan ilmu itu. Mulakan- lah hari anda dengan mem- baca walaupun sedikit, kera- na membaca akan membawa kita menjadi seorang yang 38

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=