MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Sarjana dalam bidang Penga- jian Peradaban di Universiti Malaya. Saya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pe- mikiran Islam (Agama) pada 2012 dan tamat pada 2015. Pada masa itu saya bertugas di Universiti Malaysia Sabah (2007-2017). Sebagai ahli akademik saya sering mem- bentang kertas kerja hasil ka- jian yang dilakukan di dalam dan di luar negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea, Bru- nei dan sebagainya. Apakah faktor penglibatan Dr. dalam bidang yang dice- buri sekarang? Saya memang meminati bidang Pemikiran Islam (Ag- ama) dan Pengajian Peradaban yang saya ceburi sekarang ini. Ia mengajak kita untuk me- neroka dan mengkaji tentang masyarakat, pemikiran dan budaya yang melingkarinya, khususnya yang berkaitan den- gan masyarakat Islam. Hal ini menjadikan kita seorang yang berupaya untuk memahami masyarakat manusia khusus- nya masyarakat Islam. Selain itu, bidang ini juga mengajak kita untuk berfikiran terbuka dan kritis dalam mengimbangi antara perubahan dalam ke- hidupan dan keperluan men- jaga jati diri sebagai umat Is- lam. Dengan lain perkataan, bidang Pemikiran Islam (Ag- ama) merupakan bidang yang sangat penting dan relevan dengan keperluan masyarakat Islam masa kini terutamanya bagi sebuah universiti yang berteraskan Islam seperti USIM. Selain dari memina- ti perbincangan ilmiah yang mencabar minda, saya juga melihat bahawa terdapat keperluan yang mendesak terhadap kajian yang ber- kaitan dengan pemikiran Is- lam (agama) di negara kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dewasa ini masyarakat Islam berhadapan dengan pelbagai bentuk pen- garuh yang datang dari luar, sama ada yang berbentuk pe- mikiran, budaya atau amalan yang dilihat boleh menye- babkan berlakunya perubahan pada kehidupan umat Islam. Hal seperti ini memerlukan kajian yang mendalam agar satu solusi yang baik dapat 37

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=