MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Boleh Dr. perkenalkan diri secara ringkas? Nama saya Ros Aiza bin- ti Mohd Mokhtar. Dilahir- kan pada 10 Oktober 1974 di Kuala Lipis, Pahang. Saya merupakan anak keempat dar- ipada sembilan orang adik-be- radik. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan empat orang anak, seorang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka semua masih belajar. Suami saya juga bertugas di USIM. Saya dan keluarga tinggal di Desa Indah, Nilai. Apakah bidang kepakaran Dr. dalam bidang akademik? Bidang kepakaran saya ialah Pemikiran Islam (Agama) dan Pengajian Peradaban. Bolehkah Dr. kongsikan pen- galaman dan latar belakang dari aspek akademik? Saya mula bersekolah pada 1981 di SRK Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan berpindah ke di SK Padang Tengku, Kuala Lipis pada 1985. Di peringkat menengah, saya bersekolah di SMA Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang dari tahun 1987 seh- ingga tahun 1991. Seterusnya saya menyambung pengajian di Matrikulasi UIA dari ta- hun 1992 hingga tahun 1994 dan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda da- lam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sehingga tahun 1997. Pada tahun 1998 hingga 1999 saya menyambung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UIA. Pada tahun 2000 hing- ga 2003 pula, saya menerus- kan pengajian di peringkat Sesi wawancara bersama Dr. Ros Aiza (Oleh; Mohammad ‘Izzuddin bin Mohamad Ares) kenali pensyarah 36

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=