MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
tang perjalanan awal penubuhan perniagaan kedai makanan ini? Pada peringkat awal kepada penubuhan perniagaan kedai makanan ini, saya mengeluarkan modal awal sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 sebagai kos menyewa tapak kedai, wiring, membeli alat dan kelengkapan, perhiasan kedai dan sebagainya. Manaka- la dari sudut kos penyediaan kedai, alhamdulillah saya tak perlu mengeluarkan belanja yang agak mahal,kerana keseluru- hannya saya beserta abang ipar sendiri yang bertungkus lumus menyiapkan dan menghias kedai makan kami. 10- Setiap orang mempunyai idola masing-masing untuk dijad- ikan contoh tauladan. Bagaimana pula dengan saudara? Dalam bidang perniagaan, saya mengambil contoh iktibar dari Syed Mokhtar Albukhary dari segi awal penceburan beliau da- lam bidang perniagaan. Yang mana semua sedia maklum, Syed Mokhtar Albukhary merupakan tokoh ahli perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani di tanahair kita. Kagum dengan semangat dan kecekalan beliau yang bermula dari peringkat bawah sehingga mendapat kejayaan yang sebegini rupa, sedikit sebanyak membakar semngat saya. 11- Alhamdulillah, banyak perkongsian dan input-input bergu- na yang dapat kami ambil dari saudara. Sebelum mengakhiri sesi temubual kita pada kali ini, boleh saudara titipkan sedikit nasihat mahupun kata-kata semangat buat para pembaca kami? Tidak banyak yang dapat saya katakan, hanya yang selalu saya titipkan buat para anak didik saya selama ini, berbalik pada konsep D.U.I.T, iaitu Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakkal. Beza tawakkul dan tawakkal yang mana tawakkul tiada usaha dan ikhtiar, manakala tawakkal ikhtiar dan usaha sehabis daya sebelum bertawakkal pada Allah s..w.t. Pegang selalu pada prinsip ini dalam kehidupan seharian kita. Inshaallah kejayaan kita akan diiringi dengan keberkatan. Saya juga berpegang pada 34
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=