MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
pula dalam bidang perniagaan masakan dek kerana kakak serta abang ipar saya mempunyai kemahiran dalam bidang masakan hasil dari pengalaman mereka bekerja dalam bidang perhotelan sebelum ini. Mereka juga turut mempunyai sijil dalam bidang masakan (kulinari) ini. Saya melihat fenomena ini sebagai satu peluang keemasan untuk saya mulai berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ini. Pada peringkat awal, saya menggunakan khid- mat bantuan kedua-dua mereka, tetapi disebabkan beberapa kekangan, saya mengamanahkan mereka untuk menyambung menguruskan perniagaan tersebut sekaligus menjadikan sumber pendapatan kepada mereka sekeluarga. 7- Bagaimana pula tercetusnya kedai makanan berkonsepkan shell-out ini? Dan inspirasi dari siapa? Trend shell-out yang seperti mana sedia maklum telah bermu- la sejak tahun 2017 lagi. Tapi memandangkan di kawasan saya belum ada yang memperkenalkan trend ini, jadi saya berbincang dengan mereka, apa salahnya kalau kita serapkan idea tersebut ke dalam perniagaan kami. Dan alhamdulillah, kami mendapat permintaan yang tinggi dari para pelanggan kami. 8- Adakah saudara ada membuat sebarang penambah-baikan da- lam perniagaan saudara? Di The Lepaking Port, sudah semestinya kami ada mem- buat sedikit kelainan terutamanya dari sudut cara masakan kami yang tersendiri. Bagi sesetengah peniaga, mereka mun- gkin menyediakan atau memasak bahan-bahan berkenaan secara berasingan, akan tetapi kami membuat sedikit kelainan dengan mencampur kesemuanya sekali dalam satu hidangan. Alhamdu- lillah kelainan kami ini diterima baik oleh para pelanggan kami. 9- Bercerita tentang perniagaan yang saudara ceburi ini, sudah se- mestinya memerlukan modal awal untuk menubuhkan perniagaan ini. Jika tidak keberatan, boleh saudara ceritakan serba sedikit ten- 33
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=