MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Ya. Sewaktu saya berada di USIM saya pernah mengikuti satu Kumpulan perundingan dan latihan luar sejak saya berada di semester pertama lagi sehinggalah saya menamatkan pengajian saya di USIM ini. Boleh dikatakan begitu kerana saya melihat masyarakat terdiri daripada pelbagai lapisan kerjaya, antaranya golongan maha- siswa, korporat dan sebagainya, memungkinkan cetusan idea untuk mula bergiat dalam bidang Perundingan dan latihan dan seterusnya menubuhkan Syarikat perundingan dan latihan sendiri dengan kerjasama beberapa sahabat baik saya. Hal ini kerana pada tanggapan saya, sesebuah Syarikat perundingan dan latihan tidak semestinya hanya menawarkan aktiviti out- door semata-mata. Oleh itu, saya timbulkan suatu idea un- tuk memasukkan unsur-unsur kerohanian dalam Pengisian bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan yang saya tubuhkan ini yang diberi nama Alfa Training Consultant. 6- Boleh saudara ceritakan serba-sedikit tentang perkembangan saudara buat masa sekarang? Buat masa sekarang, saya masih giat dalam bidang consultant dan pada masa yang sama juga, saya masih meneruskan peker- jaan saya sebagai guru rakyat di Sekolah Kafa Al-Hijrah, Kota Kemuning. 6- Saya difahamkan saudara ada membuka sebuah kedai makanan yang berkonsepkan makanan shell-out. Boleh saudara jelaskan dengan lebih teliti berkaitan perniaagan yang saudara jalankan ini? Pada mulanya, idea untuk menubuhkan kedai makanan ini ber- mula dengan penceburan saya dalam bidang perniagaan menjual alat-alat barangan memanah tradisional. Minat yang mendalam menyebabkan saya mulai menjual barang-barang memanah pada pertengahan tahun 2016. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak 32

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=