MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
3- Sebelum itu saya difahamkan bahawa saudaramenceburi bidang perniagaan sejak bergelar mahasiswa lagi. Jadi boleh saudara ceri- takan serba sedikit tentang pengalaman saudara sewaktu itu. Pada mulanya minat saya terhadap bidang perniagaan ini ber- mula melalui arwah ayah saya sendiri. Merujuk kepada kesung- guhan, ketekunan dan turun naiknya dalam bidang perniagaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya. Pada mulanya saya melihat bidang perniagaan ini hanya sekadar hobi beliau sejurus selepas dari persaraan beliau. Tapi tidak arwah begitu tekad dengan bidang yang diceburinya membuatkan saya ter- inspirasi dangan beliau. 4- Boleh saudara ceritakan serba sedikit tentang perancangan ataupun langkah-langkah awal yang saudara ambil sejurus selepas dari tamatnya pengajian saudara. Boleh dikatakan pada awalnya saya belum berminat untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ini kerana saya lebih memilih untuk bekerja makan gaji. Akan tetapi setelah pemer- gian ayah tercinta, sewaktu saya berada pada akhir semester ketujuh pengajian serta pada awal semester kelapan, emak saya mulai jatuh sakit dan seterusnya meninggal dunia semasa saya masih lagi berpraktikal pada pertengahan semester ke- lapan. Pada waktu itu saya yang juga merupakan Anak lelaki tunggal dalam keluarga saya mulai memikirkan bahawa jika saya hanya bekerja makan gaji, maka saya tidak punyai waktu untuk menguruskan hal-hal keluarga serta pengurusan majlis perk- ahwinan kakak saya. Untuk itu saya nekad untuk menceburi bidang perniagaan dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang Perundingan dan latihan. 5- Adakah saudara pernah menceburi bidang Perundingan dan la- tihan sebelum ini? Adakah penglibatan saudara itu menarik minat sauda- ra untuk mula berjinak-jinak dalam bidang Ini? 31
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=