MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Assalamualaikum, saudara Amir Syazani. 1-Nama saya Nur Shahiela binti Ibrahim. Untuk makluman sauda- ra, saya mewakili pihak Majalah al-Hikmah ingin mewawancara saudara berkenaan kejayaan saudara dalam bidang perniagaan yang diceburi untuk kami muatkan dalam salah satu ruangan dida- lam majalah kami ini. Jika saudara tidak keberatan, segala perbua- lan kita akan dirakam dan diolah ke dalam bentuk word. Untuk itu, sebagai permulaan, boleh saudara ceritakan serba se- dikit mengenai latar belakang saudara? Bismillahirrahmanirrahim, seperti sedia maklum, nama saya Muhammad Amir Syazani bin Masdar. Saya tinggal di Kota Telok Panglima Garang. Sudah berkahwin, mempunyai 4 orang beradik termasuk saya. Kedua ibubapa saya sudah kembali ke rahmatullah, bekerja sebagai Guru rakyat di SAR Kafai Al-Hi- jrah, Kota Kemuning sejak awal tahun 2017. 2-Boleh saudara ceritakan serba sedikit tentang anugerah dan pen- capaian yang pernah saudara terima sepanjang saudara bergelar mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia. Tidak banyak yang dapat saya perkatakan mengenai anugerah mahupun pencapaian yang pernah saya terima. Hal ini kerana saya lebih berminat dalam bidang kesukanan dan sebagainya. Antara penglibatan saya dalam bidang kesukanan adalah tae- kwando di peringkat MASUM dan juga sukan IPT. Manakala penglibatan saya dalam kepimpinan adalah saya pernah meme- gang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) pada tenure 2014/2015. Amir syazani, kisah inspirasi untuk dikongsi Oleh: Nur Shahiela Binti Ibrahim jejak alumni 30

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=