MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

الحكمة S etinggi-tinggi kesyukuran kami ucapkan kehadrat Allah Yang Maha Bijaksa- na yang merezekikan kami masa dan tenaga dalam memperjuangkan agama yang suci ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, rasul akhir zaman yang membawa rahmat kepada sekalian alam serta ahli kelu- arga baginda dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkahn- ya sehingga hari akhirat. Majalah ini merupakan hasil karya para pensyarah dan pelajar Pengajian Akidah & Agama yang menghimpunkan beberapa artikel ilmiah dan separa ilmiah. Penulisan majalah ini bertujuan untuk mencungkil bakat penulisan dalam ka- langan pelajar Pengajjan Akidah & Agama dan memberi platform kepada para pensyarah serta pelajar untuk berkarya secara penulisan akademik atau bukan akademik. Majalah Al-Hikmah edisi keenam bertemakan dua cabang utama dalam bidang Pengajian Akidah & Agama iaitu Akidah dan Tasawuf yang memberikan pendedahan asas tentang pengenalan falsafah dan kepentingannya serta pen- genalan teologi dan kewujudan kepelbagaian agama di dunia. Setiap artikel dibahagikan kepada beberapa kolumn seperti Tinta Pensyarah, Kalam Siswa, Jejak Alumni, Aktiviti Pelajar dan Kenali Pensyarah. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Fakulti Kepimpinan dan Pengu- rusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan majalah ini. Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Program dan barisan pensyarah yang banyak membantu memantau pros- es gerak kerja Majalah Al-Hikmah. Sehubungan dengan itu, kami di pihak editor Majalah Al-Hikmah mengajak anda semua untuk berkarya dan menjadi sebahagian dari penyumbang hasil penulisan di Al-Hikmah. Anda boleh menghantar karya-karya anda ke alamat e-mel Al-Hikmah iaitu alhikmah.perwadah@gmail.com . Diingatkan juga baha- wa penulis bertanggungjawab terhadap penulisan masing-masing dan tidak se- mestinya penulisan di dalam majalah ini mewakili pihak Fakulti Kepimpinan & Pengurusan mahupun Universiti Sains Islam Malaysia. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan sidang editor yang telah bertungkus-lumus menyiapkan majalah daripada awal hinggalah ia berjaya diterbitkan. Moga usaha ini diberkati dan diredhai Allah dan menjadi antara saham kebaikan di akhirat kelak. Selamat membaca! DARI SIDANG MEJA EDITOR.. 1

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=