MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

P ada tanggal 25 Oktober 2017, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama (PERWADAH) telah menganjurkan satu program se- hari bertempat Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (FKP). Program ini dinamakan Seminar Kebangsaan Pen- gajian Akidah dan Agama (SIGMA). Seminar ini telah dihadiri oleh 220 peserta terdiri daripada 200 orang pe- lajar dan 20 orang pembentang. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar, memupuk semangat perpad- uan dalam kalangan umat Islam ser- ta toleransi antara agama, seterusnya menyumbang kepada kematangan kehidupan masyarakat majmuk dalam menghadapi era globalisasi. Selain itu, ia bertujuan untuk menambahkan pengetahuan masyarakat setempat dan mahasiswa/wi mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan Ilmu Usu- luddin, Akidah dan Perbandingan Agama. Di samping tu, membuka minda masyarakat setempat serta para mahasiswa/wi mengenai isu dan cabaran pemikiran semasa terhadap akidah dan amalan-amalan agama serta mengeratkan hubungan silatur- rahim dalam kalangan pakar-pakar dan mahasiswa/wi antara IPTA dan IPTS. Program SIGMA ini bermula dengan pendaftaran para peserta pada jam la- pan pagi. Seminar ini sangat menarik kerana telah diisi dengan ilmu-ilmu baru oleh insan yang hebat yang mana terdiri daripada 2 orang pemben- tang, dan 2 orang dalam sesi sidang SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA 7 (SIGMA 7) Oleh: Rahimah Bt Hamzah 27

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=