MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

kemeriahannya tetap terasa den- gan sambutan hangat daripada pihak masjid yang menyediakan juadah raya untuk dinikmati ber- sama. Dalam masa yang sama, pihak GISO kami juga turut men - gagihkan barangan sumbangan kepada keluarga miskin dan anak- anak Muslim Krabi. Skop GISO bukan terhenti pada perkongsian ilmiah sahaja, malah kami turut menyumbangkan sum- banganmaterial kepadapenduduk dari beberapa buah kampung serta masjid di sana. Sumbangan ini seperti sumbangan al-Quran wakaf, sejadah, telekung dan ba- ju-baju terpakai yang masih elok dapat memenuhi keperluan iba- dah masyarakat muslim. Kami turut berkesempatan mendalami kehidupan masyarakat Muslim di Krabi, khususnya mereka yang memerlukan bantuan melalui pro- gram mengagihkan sumbangan. Mereka yang diberi bantuan ada- lah golongan kanak-kanak, ibu tunggal dan fakir miskin. Dalam memenuhi objektif GISO yang melibatkan kelestarian alam, kami memilih untuk menabur bak- ti jangka panjang (long term con- tribution) dengan membersihkan kebun dan menanam beberapa pokok buah-buahan di kawasan Muslim Wangthong School. Apa- bila tumbuh membesar, pokok- pokok ini akan mengeluarkan buah dan memberi manfaat ke- pada warga Muslim Wangthong School. Aktiviti membersihkan kebun berhampiran sekolah juga dapat menjamin keselamatan warga Muslim Wangthong School daripada perkara yang tidak diingini. 26

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=