MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

( ْ م ُ ك َ ام َ د ْ ق َ أ ْ ت ِ ّ ب َ ثـ ُ يـ َ و ْ م ُ ك ْ ر ُ ص ْ ن َ يـ َ َّ وا الل ُ ر ُ ص ْ ن َ تـ ْ ن ِ وا إ ُ ن َ م َ آ َ ين ِ ذ َّ ا ال َ ه ُّ يـ َ أ َ ) Aku telah sah menjadi suami Izzah. Ya, Izzah. Wanita pertama yang memperkenalkanku tentang Islam. Wanita yang sering aku minta di dalam istikharahku. Aturan Allah itu indah. Izzah merupakan anak perempuan Ustaz Abdul dan adik kepada Faris. Aku percaya, bila kita menjauh diri daripada sesuatu kerana Allah, maka, Allah akan menghantar sesuatu yang terbaik untuk kita. Sungguh maha penyayangnya Allah, menghantar orang yang baik-baik untuk men- dampingiku. Perjuanganku tidak akan terhenti setakat ini. Islam dan iman merupakan satu nikmat yang harus dikongsi dan disyuku- ri. Tahun hadapan, aku berhasrat ke kampung halamanku untuk menyebarkan Islam kepada seluruh penduduk kampung terutama ayahku. Sebagaimana orang lain berkongsi kek hari jadi mereka dengan orang tersayang, begitulah aku yang ingin berkongsi nikmat Islam dan kemanisan iman dengan orang tersayang. Semangat dan keyakinanku semakin kuat kerana telah dinyatakan dalam surah Muhammad, Ayat 7: 21

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=