MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Faris adalah anak Ustaz Abdul. Sebenarnya dia membawaku kesini atas arahan Ustaz Abdul. Kejutanku bukan setakat itu. Ustaz Abdul ingin menjodohkan aku dengan anak perempuan- nya, adik kepada Faris. Ken- ingku sedikit berkerut. Jantung berdegup laju. Tidak tahu in- gin mengatakan apa waktu itu. Aku tidak mengenali anak per- empuannya. Bahkan aku tidak pernah bercakap dengan ma- na-mana perempuan ketika di pondok. “Bagaimana anak per- empuan ustaz boleh mengenali saya?” aku inginkan jawapan. Ustaz Abdul mengatakan baha- wa anak perempuannya sering mengikuti ceramah agama yang aku sampaikan. Dia tertarik dengan keperibadianku. Men- dengar jawapan itu, aku me- minta izin untuk solat sunat dua rakaat sebelum memberikan jawapan. Kuharap moga Allah memberi jawapan yang terbaik setelah aku solat nanti. Selesai solat, aku kembali duduk di- hadapan Ustaz Abdul. “Ustaz orang baik. Ustaz banyak mem- bimbing orang untuk mengenali agama. Saya pasti ustaz mem- bimbing anak perempuan ustaz dengan didikan agama yang baik sejak kecil lagi. Perasaan suka kepada seseorang itu lahir dari hati. Allah campakkan kepada hatinya untuk menyukai saya. Saya tidak salahkan dia kerana menyukai saya. Semuanya atas kehendak Allah. Sebetulnya saya terasa tidak layak mem- bimbing puteri ustaz yang pasti- nya lebih banyak ilmu berband- ing saya. Saya juga terasa amat berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk mendirikan rumah tangga bersama puteri ustaz. Saya yakin, saat anak ustaz memilih saya sebagai sua- minya bererti dia siap untuk berjuang bersama saya. Dan jika ustaz pun menyetujui hubungan yang kami akan bina ini, saya terima untuk menjadi suamin- ya. Saya percaya, Allah rancang yang terbaik untuk hambanya. Jatuhnya daun dari pokok ada- lah merupakan kehendak Allah, tidak mungkin terjadinya perk- ara ini bukan kerana Kehenda- knya. Saya yakin, ada hikmah Allah aturkan semua ini.” aku menjawab tenang. Ustaz Ab- dul mengukir senyuman. Faris yang berada disebelahku juga tersenyum sambil menepuk ba- huku. Tidak kusangka, sahabat yang selama ini banyak menasi- hati dan mengajarku akan men- jadi abang iparku. “Faris, pergi- lah panggil adikmu itu kesini. Sebelum jadi suami disunatkan untuk Chung melihat wajah bakal isterinya itu” Ustaz Abdul memberi arahan. ********** 20

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=