MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
Aku ingin menghormati nama yang diberi ayah dan arwah ibu. Aku juga ingin membuktikan ke- pada orang kampungku bahawa Islam bukan agama yang kejam dan memaksa. Seperti biasa, aku dan Faris akan berjalan bersama ke masjid pondok kami untuk qiamullail. Walaupun boleh sahaja dilaku- kan di bilik tetapi kurasa lebih enak dan tenang lagi bila bera- da dirumah Allah. Lagipun, se- langkah kaki kami dari tempat penginapan menuju ke masjid, sudah dikira sebagai pahala. Subhanallah. Maha pemurahnya Allah. Setelah menunaikan solat sunat, kami bersama-sama ber- tadarrus al-quran. Aku menggu- nakan al-quran yang Izzah had- iahkan dahulu. Aku akui, wajah Izzah masih mekar didalam in- gatanku walaupun sudah lama kami tidak berjumpa. Pernah sekali, ketika aku baru pulang dari masjid untuk ke tempat pengajian, aku terlihat seorang wanita begitu iras dengan wajah Izzah. Ingin sekali aku menegur dan memastikannya. Namun aku tahu, syarat pondokku amat ketat. Jadi, aku hanya memen- dam rasa. Aku mengadu kepada Faris apa yang aku rasa. Faris mengatakan aku telah jatuh cin- ta kepada Izzah. Katanya lagi, tidak salah untukku menyintai Izzah tetapi harus dengan cara yang betul. Jangan gopoh untuk meluahkannya kerana bimbang terbimbing oleh nafsu. Mencin- tai biarlah kerana Allah. Cara memendam rasa yang terbaik adalah berdoa dalam diam kepa- da Allah, si pemilik hati. Faris menyarankan kepadaku untuk membuat solat sunat Istikhar- ah bagi menemukan jawapan kerana apa yang kita rasakan baik, belum tentu baik untuk kita. Kita hanya mampu berusa- ha dan merancang tetapi Allah yang menentukan. Dan rancan- gan Allah adalah yang terbaik kerana Dia maha tahu apa yang kita tidak tahu. ********** Suatu pagi yang indah dan da- mai, saat matahari mula meny- inari bumi, saat embun masih penuh bertakung pada rumput, Faris mengajakku bersarapan di rumahnya. Pelik. Itu pertama kali Faris mengajakku ke ru- mahnya. Katanya, ingin menun- jukkanku suasana kampungnya memandangkan aku sudah lama tidak keluar berjalan-jalan un- tuk mengambil angin. Dia mem- boncengku dengan motosikal Honda miliknya. Sesampainya dirumah Faris, aku memerhati keadaan sekeliling. Seperti per- nah aku lihat rumah ini. Tidak mungkin aku pernah pergi keru- mahnya kerana ini pertama kali dia membawaku. Mungkin aku pernah bermimpi. Tidak kusangka rupanya 19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=