MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Abdul “Dimanakah Allah?” dapa- tku lihat riak wajahnya berubah, beliau terdiam lama. Beberapa minit kemudian beliau bersuara “Apa hajatnya nak mempersoal- kan Allah itu dimana? Adakah kamu sudah yakin Allah itu ada? Bukan sibuk mempersoal tempat Allah tetapi sejauh mana kita telah yakin dengan kewujudan- Nya. Itu yang perlu dicari dan diketahui. Sahabat rasul dahu- lu tidak pernah mempersoalkan dimana Allah kerana mereka ya- kin dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah itu wujud dan tia- da Tuhan yang berhak disembah melainkanNya. Maha suci Allah dari berdiam di suatu tempat kerana Allah tidak berhajat pada tempat. Allah itu ada sebelum adanya tempat. Saidina Abu Ba- kar pernah berkata: Maha suci Allah yang menghijab diriNya sendiri untuk mampu diketahui oleh makhlukNya dengan sebe- nar-benar pengenalan. Ya. Ker- ana akal kita lemah. Sedangkan kita mahu tahu tentang apa yang ada dalam seluruh tubuh badan kita pun, akal kita tak mampu. Jadi, kedekatan hati kita dengan Allah itu seharusnya yang dike- jar. Tak usah sibuk memikirkan dimana Allah, bagaimana Allah. Fikirkanlah kedekatanmu den- gan Allah. Bagaimana hatimu ketika menyebut nama Allah itu? Adakah bergetar hatimu?” jawapan dari Ustaz Abdul mem- buatku yakin untuk meninggal- kan agama Kristian yang telah lama aku anuti. ********** Aku mencapai kopiah dia- tas almari kecil bersebelahan dengan katil. Jam ditanganku menunjukkan pukul tiga seten- gah pagi. Kebanyakan kawan- kawanku masih terbaring lena diatas katil. Sudah enam tahun aku menginap di pondok penga- jian agama ini. Aku kesini den- gan saranan Ustaz Abdul. Beliau menyarankanku untuk pergi ke pondok ini setelah aku melafaz- kan syahadah dihadapannya. Sejak aku menginap di pon- dok ini, aku mendapat banyak penjelasan tentang agama Islam, hatiku terasa tenang, aku dikasi- hi dan kelilingi sahabat-saha- bat baik, jiwaku mekar dengan agama ini. Walaupun kulazimi bibirku menyebut kalimah ‘Al- hamdulillah’, namun masih ti- dak dapat lagi menandingi rasa syukur dan bahagia di dalam hatiku. “Jomlah Chung” suara Faris mengembalikanku kedun- ia nyata. Walaupun aku telah memeluk Islam tetapi namaku tidak ditukar. Masih tetap den- gan nama asal. Ustaz Abdul ti- dak memaksaku untuk menukar nama. Lagipun, tidak wajib un- tuk menukar nama apabila ma- suk Islam. Asalkan nama mem- bawa maksud yang baik. Jadi, aku tidak mahu menukarnya. 18

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=