MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
meluk Islam setelah diberi hi- dayah oleh Allah. Awak pemuda baik. Moga Allah memberi caha- ya yang sebenar kepada awak” Izzah tersenyum manis sambil memberikan kepadaku al-qu- ran yang selalu dibacanya itu. “Jika awak ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam, pergi- lah ke alamat ini. Dia mungkin boleh membantu awak.” Izzah menghulurkan secebis kertas kepadaku. Izzah melambai tan- gan beberapa kali dan menyusun langkah meninggalkanku. ********** Aku tidak mampu menahan perasaan ingin tahu tentang ag- ama Islam lagi, Sehari selepas Iz- zah pergi meninggalkanku, aku berangkat ke alamat yang diber- inya. Sesampainya di alamat itu, kulihat ada seorang lelaki duduk diatas kerusi batu diluar rumah sedang tekun membaca sesuatu. Aku mengatur langkah menuju kepadanya. “Hai. Saya, Nicholas Lee Chung. Saya datang kesini untuk bertanya beberapa soalan tentang agama Islam”. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Dia memperkenalkan dirinya se- bagai Ustaz Abdul sejurus mem- pelawaku masuk kerumahnya. Sikap beliau yang begitu mesra dan ramah membuatkanku tidak kekok untuk berbicara. Bibirnya sering mengukir senyuman. Ka- ta-katanya lemah-lembut sekali. Walaupun beliau baru mengena- liku namun layanannya istime- wa, seperti kami mempunyai ika- tan persaudaraan yang erat. Aku bertanya pelbagai soalan berkai- tan agama Islam yang masih membelengu fikiranku. Begitu jelas beliau merungkai satu-per- satu soalanku. Sewaktu Ustaz Abdul meminta diri untuk solat Asar, aku menghabiskan ma- saku dengan memandang sekel- iling rumahnya. Tiada satu pun foto keluarganya. Hanya dihiasi dengan ayat yang tidak kutahu bahasa apa tetapi persis den- gan tulisan al-quran yang diberi Izzah. Aku terfikir, bagaimana Izzah boleh memberi kepadaku alamat Ustaz Abdul? Apakah kaitan Izzah dengan Ustaz Ab- dul? Adakah Izzah juga pernah bertanya Ustaz Abdul tentang agama Islam? Lamunanku ter- henti apabila pandangan mataku terlihat bayang perempuan dida- lam rumah itu, berjalan laju dari ruang kanan rumah terus masuk kedalam ruang lain. Nampak sei- ras dengan Izzah dari kejauhan. Adakah itu Izzah? Ahh. Mungkin aku tersilap. Bukan Izzah saha- ja yang bertutup litup sebegitu. Aku terus menyedarkan diriku. Ustaz Abdul kembali mengam- bil tempatnya dihadapanku. Aku kembali menyambung soalanku yang masih berbaki. Jawapan yang paling membuatku yakin untuk menganut agama ini ada- lah apabila aku menyoal Ustaz 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=