MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

baru kukenal ini. Beberapa detik kemudian, Izzah berhenti mela- fazkan kalimah-kalimah aneh itu lagi. Matanya memandang tepat kearahku. “Apakah yang awak baca tadi? Tidak biasa saya dengar bahan bacaan yang mem- punyai nada begitu. Bahasanya juga saya tidak faham.” aku mel- uahkan rasa hairan. “Tadi saya baca Al-Quran. Satu-satunya kitab dalam agama Islam yang saya anuti.” Izzah tersenyum. Pelik. Kitab agama mereka han- ya satu sahaja sedangkan Bible mengandungi 66 kitab besar dan kecil yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Perjanjian Lama ( Old Testement ) dan Per- janjian Baru ( New Testement ). Semakin lama, semakin mem- buatku tertanya-tanya. Uniknya agama Islam. Aku harus mencari tahu lebih lagi. ********** Sudah enam hari Izzah mengi- nap dirumahku. Banyak yang dapat kuperhati dan membuat perbandingan dengan agamaku. Izzah sentiasa bertutup litup, tidak seperti perempuan-perem- puan di kampungku. Tidakkah dia panas kerana sentiasa dalam keadaan begitu? Minatku un- tuk mempelajari tentang Islam semakin mendalam. Setiap kali melihat perlakuan aneh Izzah, perasaanku membuak-buak un- tuk bertanya dan mengetahui tentang agama Islam. Izzah turut menceritakan pelbagai perkara tentang Islam seperti kisah-kisah terdahulu berkaitan manusia yang digelar nabi dan adakalanya dia menceritakan kisah yang terdapat dalam buku yang dipanggilnya al-quran. Aku juga sudah mula mengerti isti- lah-istilah yang dulunya tidak pernah kudengar. Di pagi hari kelapan, Izzah mengejutkan aku dari tidur. Aku hairan kerana itulah kali perta- ma dia berbuat begitu. Fikirku mungkin ada hal kecemasan. Ternyata sangkaanku salah. Iz- zah menyatakan hasratnya in- gin kembali ke tempat asalnya memandangkan dia telah pulih sepenuhnya. Dia memintaku un- tuk menunjukkan jalan pulang kerana dia tidak tahu tentang selok-belok hutan. Dia turut ber- terima kasih kepadaku kerana telah menyelamatkan dan mem- bantu menyembuhkannya. Saat itu, hatiku terasa hiba kerana tidak mahu membiarkan Izzah pergi. Aku belum cukup men- genali dan mendalami agaman- ya lagi. Namun, kucuba sedaya upaya untuk mengukir senyu- man dan menyutujui hasratnya. Sesampainya dihujung hutan, disitulah tempat kami berpisah. “Saya tidak paksa awak untuk memeluk Islam, saya hanya in- gin awak tahu kebenaran. Na- mun, saya berdoa dan berharap suatu hari nanti awak akan me- 16

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=