MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

sebenarnya tidak mengerti apa maksud ‘tudung’ tetapi aku cuba jawab satu persatu mengikut pe- mahamanku. Dia kemudiannya meminta sehelai kain batik dan terus menyanggul dan menutup rambutnya yang panjang men- gurai. Dia bergerak bangun dan meluru ke bilik mandi dengan kaki masih terhincut-hincut. ‘Pe- lik’ getusku. Dia bertanya kepa- daku arah kiblat setelah keluar dari bilik mandi. “Kiblat?” aku bertanya hairan. Sekali lagi dia mengungkapkan istilah yang aku tidak mengerti dan tidak pernah kudengari. “Dimanakah arah matahari terbenam?” dia meneruskan pertanyaan tan- pa menjawab soalanku. Setelah mendapat jawapan, Izzah bergerak ke satu sudut rumah- ku dan kemudian melakukan bermacam-macam pergerakan yang tidak pernah aku lihat se- belum ini. Aku cuba bertanya ke- padanya tetapi tidak mendapat jawapan. Kulihat mulutnya ter- kumat-kamit menyebut sesuatu setiap kali dia mengubah perger- akannya. Aku asyik memerha- tikannya hingga akhirnya dia memandangku. “Saya beragama islam. Maaf, saya sedang solat tadi” kata perempuan yang dike- nali sebagai Izzah itu. “Solat?” tanyaku ringkas kerana tidak sabar mendengar jawapan selan- jutnya. “Solat merupakan cara kami menyembah Tuhan.” Jawa- pan Izzahmasih tidakmerungkai tanda tanya yang berlegar-legar dimindaku. Itulah kali pertama aku melihat cara penyembahan yang amat pelik. Nama agaman- ya juga aku tidak pernah kuden- gar. “Bagaimana awak kata awak sedang menyembah Tuhan sedangkan tiada Tuhan dihada- pan awak tadi?” aku bertanya. “Suatu hari nanti awak akan tahu jika awak menyukai dan mencari gali semua hal tentang agama saya” jawab Izzah sambil tersenyum. Pada malam itu, terjadi lagi sesuatu yang tidak pernah kuli- hat dan kudengar sebelum ini. Izzah membaca kalimah yang asing pada pendengaranku teta- pi menenangkan jiwaku. Tidak pernah kurasakan setenang ini. Aku cuba menutup mata dan menghayati walau sepatah per- kataanpun tidak kufahami. En- tah kenapa hatiku begitu asyik dan tertarik apabila mendengar setiap kalimah yang dilafazkan. ‘Adakah mungkin kerana kemer- duan suara Izzah atau disebab- kan ketertarikan pada kalimah itu sendiri?’ hatiku bermonolog sendiri sambil mencari jawapan untuk pelbagai tanda tanya yang bermain difikiranku. Aku berada disitu tanpa aku sedar aku su- dah berdiri terlalu lama di muka pintu bilik yang aku tempatkan Izzah. Aku tidak jemu untuk terus menghayati agama yang 15

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=