MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
semua kitab Bible dari awal sam- pai akhir. Namun, semakin kub- aca, semakin kurasa kosong dan bercelaru. Jadi, aku sudah tidak ada alasan dan tujuan untuk tetap hidup di dunia ini. Biarlah aku mati sahaja. Kurasakan it- ulah penyelasaian yang terbaik untuk melarikan diri daripada semua masalah. Sesampainya di sungai, anak mataku terlihat objek aneh dicelah batu. Aku membuka langkah perlahan dan berhati-hati menuju kepadan- ya. Dapat kulihat sekujur tubuh dengan mata yang tertutup. Ada darah pada dahi dan hidungnya. Aku tidak dapat melihat luka lain kerana badannya bertut- up litup dengan pakaian serba hitam, hanya kelihatan tangan dan mukanya sahaja. Berdasar- kan pemerhatianku pada bentuk badannya, dia seorang perem- puan. Dia amat lain daripada perempuan di kampungku ker- ana rambutnya tidak kelihatan, ditutupi satu kain hitam yang kemas. Mungkin dia luar dari ka- wasan perkampungan kami. Aku membatalkan niat membunuh diri. Ada nyawa yang perlu aku selamatkan. Aku mengangkatn- ya, membawanya kerumahku. Sudah dua hari perempuan tersebut tidak sedarkan diri. Lukanya aku ubati dengan ubat yang diberi pawang. Aku telah menukarkan pakaian serba hi- tamnya yang kotor dan banyak kesan tanah. Kugantikan den- gan pakaian yang ditinggalkan arwah ibu. Aku sedikit kekok menguruskannya kerana aku tidak pernah menyentuh ma- na-mana perempuan sepanjang 21 tahun aku hidup. Sedang aku sibuk menyapu ubat pada luka-luka di tangan perempuan itu, kurasa tangann- ya mula bergerak-gerak. Kulihat matanya berkedip-kedip, kenin- gnya sedikit berkerut kerana si- lau akibat cahaya matahari yang memancar dari jendela rumahku. Riak mukanya kelihatan terke- jut apabila pandangannya men- ghala tepat pada wajahku. Dia menarik tangannya yang masih kupegang. “Ahh!!” dia mengaduh kesakitan. “Saya dimana seka- rang? Kamu siapa? Bagaimana saya boleh ada disini?” sambung perempuan itu lagi. Aku mencer- itakan kepadanya saat mula-mu- la aku jumpa dia. Detik itu, baru dia ingat kenapa dia boleh sam- pai ke kampungku, dia mencer- itakan kepadaku satu persatu, dia juga memperkenalkan dirin- ya sebagai Izzah. Belum habis bercerita, tiba-ti- ba dia berhenti berkata dan terus memegang kepalanya dan seter- usnya badannya, mukanya nam- pak terkejut. “Dimana awak le- tak tudung saya? Awakkah yang tukar pakaian saya? Mana beg saya?” bertubi-tubi soalan yang dia kemukakan kepadaku. Aku 14
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=