MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
Ayah juga sangat berjimat orangnya. Masihku ingat ketika ibu mengaduh kesakitan. Ayah tidak membawa ibu ke hospital kerana kos di hospital lebih ma- hal berbanding pawang di kam- pung kami. Lima tahun ibu beru- bat dengan pawang tetapi sakit ibu tidakpun sembuh malahan semakin menjadi-jadi. Sehingga- lah ibu meninggal dunia. Hatiku amat sedih dan hiba saat itu. Se- lama ini ibulah tempatku men- gadu dan menumpang kasih. Ayah juga tampak begitu sedih kehilangan isteri tercinta. Seti- ap hari, ayah merawat dukanya dengan meminum arak. Ayah sudah mencapai tahap melam- pau apabila dia berani memba- wa pulang perempuan ke rumah kami. Aku tidak dapat menahan rasa marahku lagi. Terus aku menghalau perempuan mura- han itu dari rumahku. Melihat tindakanku itu, ayah menengk- ing dan menamparku. Begitu tegang sekali wajah ayah. Aku tidak dapat menahan sebak. Bukan kerana kesakitan akibat tamparan ayah tetapi disebab- kan sikap ayah yang sudah be- gitu berubah. Dahulu, ayahlah yang menasihati dan memberi pendidikan yang kepadaku. Dia yang mengajarku tentang ag- ama Kristian yang kami anuti. Namun, ayah sendiri yang tel- ah melanggar batasan agama kami. Terasa luluh hati kecilku. Ayah bukan seperti dulu lagi. Sejak peristiwa itu, ayah sudah jarang ada dirumah, hanya dua kali dalam sebulan ayah pulang kerumah. Itupun sebentar saha- ja. Kedai runcit kami juga sudah tidak beroperasi lagi. Aku sudah kekurangan bahan makanan. Aku mula berdikari dan berikh- tiar hidup sendiri. Pada mulan- ya, aku kekok untuk mengurus perkara yang selama ini dibuat ibu. Namun ku gagahkan diri untuk menyediakan makanan, membasuh pakaian, memung- gah air sungai, mencari kayu api dan pelbagai pekerjaan yang tidak pernah kulakukan sela- ma ini. Semuanya kulakukan sendiri tanpa ayah. Tiada siapa lagi yang boleh aku bergantung harap. ********** Suatu pagi yang tenang dan dingin, tika matahari mengin- tai dicelahan kegelapan Subuh, tika anak burung belum berki- cau, tika ayam belum berkokok, aku melangkah masuk ke hutan. Hari itu merupakan hari yang paling awal aku ke hutan. Aku bertekad untuk membunuh diri. Tiada lagi kebahagian seperti dahulu. Tidak mampu lagi un- tuk menahan tekanan jiwa den- gan perangai ayah yang semakin menjadi-jadi. Agama Kristian yang aku anuti juga tidak boleh memberi ketenangan jiwa ke- padaku. Aku sudah membaca 13
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=