MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

Angin bergulung-gu- lung rakus tatkala semua insan berteduh di dalam rumah yang hanya cukup un- tuk perlindungan. Sungguh daif binaannya, tidak seutuh ru- mah-rumah besar di kota met- ropolitan. Daun-daun kelapa bergoyang-goyang ditiup angin kencang. Setapak demi setapak kakiku melangkah menuju ke rumah. Sejak berusia setahun lagi aku sudah menetap di per- kampungan orang asli. Aku sem- pat dibaptis ketika masih bayi. Nicholas Lee Chung, nama yang diberi ayah kepadaku setelah aku dibaptis. Kami tetap men- ganut agama Kristian walaupun setelah berpindah ke perkam- pungan orang asli. Kebanyakan penduduk disini tiada agama. Ketika kesusahan, mereka akan meminta kepada kawasan seki- tar yang dinaungi oleh semangat alam dan tumbuhan. Aku tidak tahu kepercayaan mereka atau agama kami yang betul. Ibu dan ayahku tidak menjelaskan kepa- daku secara terperinci kenapa kami memilih menganut agama Kristian. Mungkin kerana aku masih kecil untuk menilai. Ayahku berketurunan siam manakala ibuku berketurunan cina. Memang kulit keluarga kami dengan masyarakat kam- pung amat berbeza. Ibu dan ayahku menetap di perkampun- gan orang asli kerana ingin ber- niaga. Kedai runcit kami ramai pelanggan. Parasku yang berku- lit putih, berlesung pipit dan berambut lurus adalah salah satu faktor kedai kami ramai pelanggan. Aku perasan perem- puan-perempuan akan meman- dang sambil tersenyum-senyum kepadaku ketika mereka men- gunjungi kedai kami. Tambahan pula, kedai kami juga merupa- kan satu-satunya kedai runcit disini. Oleh sebab itu, kedai kami ramai pelanggan. Orang kampung menghormati ayah kerana sikapnya yang baik dan pemurah. Ayah suka melebih- kan timbangan dalam berniaga dan sentiasa memberi bantuan makanan kepada orang kam- pung yang kelaparan. Serendipiti: Suratan atau Kebetulan Oleh : Nabihah Afiqah binti Zulkifli 12

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=