MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018
menerangkan sebab kenapa perlunya menjaga ‘Qalb’ kita sendiri. Beliau juga menyatakan sepuluh sifat tercela yang menjadi punca rosaknya ‘Qalb’ kita. Sifat-sifat itu adalah, pertama tamak dengan makanan. Kedua tamak dalam berkata-kata (banyak bercakap kosong). Ketiga, marah. Keempat, dengki. Keli - ma, kedekut dan sayangkan harta. Keenam, suka bermegah. Ketujuh, cintakan dunia. Kelapan, bangga diri. Kesembilan, Ujub. Kesepuluh, riyak. Dan di akhir bab buku ini, beliau menerangkan berkenaan sifat-sifat terpuji yang telah dinukilkan oleh ImamGhazali di dalam kitab Al-Arbaʿin. Sifat-sifat itu ialah Pertama taubat dari segala dosa. Kedua, takut akan Allah. Ketiga, Zuhud. Keempat, Sabar. Kelima, Syukur. Keenam, Ikhlas. Ketujuh, tawakkal. Kelapan, kasih akan Allah. Kesembilan, redha dengan qadha Allah. Kesepuluh, Mengin - gat akan mati. Begitulah susunan secara ringkas buku Penawar Bagi Hati yang telah selesai ditulis oleh beliau pada 7 Rejab 1378H/1958M. Al-Mandīlī telah mengakhiri detik hidupnya pada pagi Selasa, 18 Rabiulakhir 1385H/1965M di Mekah. Beliau meninggal dunia akibat diserang oleh sesuatu penyakit yang tidak dapat diubati oleh mana-mana perubatan sama ada tradisional atau moden sehinggakan kakinya hampir dipotong. Namun beliau sendiri enggan memotong kakinya kerana baginya itu adalah pemberiaan illahi. Moga Allah s.w.t merahmati beliau atas usaha-usaha dan kerja keras beliau dalam menye - barkan ilmu agama kepada umat islam. Rujukan:- 1) Al-Mandili, Abdul Qadir. 1378H. “Penawar Bagi Hati” Pattani,Thai - land. Matba’ah bin Halabi. 2) Al-Mandili, Abdul Qadir. 1378H. “Penawar Bagi Hati”. Abdul Basit bin Abdul Rahman. (ed.). Selangor. Publishing House Sdn. Bhd. 3) Ramli Awang. 2008. Syeikh Abdul Qadir: Biografi & Pendidikan Akhlak. Skudai,Johor. UTM. 9
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=