MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 6 | 2018

tinggal di sana pada tahun 1963M. Sememangnya untuk mendapat tiket men - gajar di Mekah bukanlah sesuatu yang mudah melainkan seseorang itu telah diiktiraf ʿalim dengan ilmu agama. Sifat ketinggian ilmu agama yang dimiliki oleh al-Mandīlī ini juga telah diiktiraf oleh ramai ulama alam melayu yang lain seperti Tuan Guru Haji Yahya, Tuan Guru Haji Hussien bin Haji Che Dol dan Mu - hammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi. Sepanjang hidupannya, buku Penawar Bagi Hati inilah merupakan satu-satunya karya beliau berkenaan ilmu tasawuf. Penawar Bagi Hati ini disusun oleh Syeikh al-Mandīlī dengan tulisan jawi melayu klasik sebagai peringatan buat beliau juga sebagai rujukan buat sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu tasawuf. Buku ini telah diterbitkan banyak kali di pel - bagai tempat. Mempunyai hanya 97 muka surat dan tiga bab utama. Di dalam bab pertama beliau menerangkan makna tasawuf itu sendiri. Beliau menga - takan bahawasanya ilmu tasawuf itu ialah ilmu tentang pembersihan hati dar - ipada segala sifat-sifat yang dicela oleh Allah dengan membersihkan dahulu anggota zahir daripada segala perbuatan yang dikeji. Anggota-anggota itu ialah mata, telinga, lidah, perut, faraj, dua tangan dan dua kaki. Setelah beliau selesai menerangkan satu persatu cara membersihkan tujuh an - ggota badan itu dari segala perbuatan yang keji, kemudian di bab yang kedua beliau menjelaskan makna ‘Qalb’ yang disebut oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim :- م َّ عليه وسل ُ ى الله َّ صل ِ الله َ رسول ُ ت ْ ع ِ عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: ((سم ُ د لها الجسد َ دت فس َ وإذا فس ُ ح لها الجسد َ حت صل َ إذا صل ً ضغة ُ م ِ في الجسد َّ : إن ُ يقول ))؛ متفق عليه ُ ب ْ ل َ ق ْ ل َ ا َ ي ِ ه َ و ََ ه أ ُّ كل Maksudnya: Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah jantung/hati.” (Ri - wayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir). Di dalam bab ini beliau menjelaskan ‘Qalb’ itu ada dua makna. Pertama Qalb jasmani. Kedua Qalb rohani. Pandangan beliau ini sama dengan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Di dalam bab ini juga beliau 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=