MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

kekhilafan itu akan ada juga satu kebenaran dan ia perlu dicari dan diusahakan sepertimana firman Allah yang bermaksud, “Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang diinginkan ke jalan yang benar”. Jalan yang benar itu bermaksud jalan yang membuat kita rasa tenang kerana ia akan selari dengan pandangan Al-Qu- ran, Hadis, pandangan para sahabat, para tabiin dan para tabi’ tabiin serta ia akan selari dengan akal logik manusia dan berasa tenang dari sudut hati dan fitrah manusia. Apabila lengkap setiap aspek pandangan ini maka itu lah pandangan yang benar yang selari dengan agama islam. Selain itu, kesungguhan dan doa juga perlu dititipkan seperti fir - man Allah Taala, “Orang yang berusaha dan yang bermujahadah berjihad dijalan Kami akan Kami tunjukkan jalannya”. Ini menun- jukkan komitmen, kesungguhan dan penghayatan doa penting dalam kalangan pelajar terutama doa ketika solat ketika menyebut ‘Ihdina siratal mustaqim’ supaya Allah tunjukkan kita kebenaran disebalik kekhilafan. Saya juga amalkan doa ‘Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqna tibaah waarinal batila batilan warzuqnaj tinabah’ di dalam setiap doa. Seterusnya, banyakkan bertanya. Terdapat banyak pandangan da- lam bidang Akidah dan Falsafah, jadi para pelajar perlu amalkan sikap suka meminta pendapat daripada ramai guru dan pensyarah dan membandingkan pendapat tersebut untuk mengelakkan ke- celaruan. Tidak dilupakan juga, pengurusan ilmu. Untuk menguruskan ilmu, kita perlu ada tiga kotak ilmu. Kotak yang pertama, ilmu yang kita yakin benar sepeti rukun iman. Kotak yang kedua, kita yakin batil yang bertentangan dengan syariah islam seperti tuhan ada anak dan ada nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW. Kotak yang ketiga, perkara yang tidak pasti benar atau salah. Kotak ketiga ini perlu ambil masa untuk belajar dan perlu pada tapisan ilmu mengi- kut disiplinnya. Maka dengan pengurusan ilmu ini membantu kita jelas dengan yang benar dan juga batil. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah Diberikan hikmah di setiap kejadian Dapat ku fahami erti syukur, pemaaf, redha dan segalanya yang mahmudah daripadaMu Setiap yang meninggalkan kita di dunia ini, Allah sudah selitkan pelangi yang indah Selepas hujan menuruni membasahi hari-hari kita Pinta, percaya dan yakinlah dengan takdir kehendak Allah Andai ada yang membenci, menyakiti, melukakan, maka bersyukurlah Masih ada yang sedarkan dirimu saat kau terlalai dan terleka Dengan itu, kita tekad untuk sentiasa kuat, yakin dan tabah dengan setiap kejadian dan ujian Yang Allah bagi pada kita, mengikut tahap kemampuan kita Allah takkan beri ujian pada hambaNya melainkan mengikut kemampuan mas- ing-masing Syukurlah Dikurniakan keluarga yang menitikberatkan tentang agama Islam, Ada sahabat, kenalan, murabbi dan orang sekeliling, Yang sentiasa ada saat jatuh dan bangun. Erti Syukur by SITI SARAH BINTI SHAMSUDDIN kALAm siswa AL-HIKMAH.indd 81-82 15/8/2017 1:50:16 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=