MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

kenali pensyarah Nama saya Mohd Radhi Bin Ibrahim. Saya dilahirkan pada Novem- ber 16 pada tahun 1973 dan berasal daripada Machang, Kelantan. Saya merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik. Saya punyai seorang isteri, Rawiyah Mohd Junob, seorang guru di Se- kolah Kebangsaan Sri Putra dan dikurniakan 4 orang anak Kini, saya tinggal di Bandar Bukit Mahkota bersama keluarga. Bidang saya ialah Usuluddin, Akidah dan Falsafah. Saya bermula pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Belukar, Machang dan bersekolah menengah di Maahad Muham- madi Lelaki di Pengkalan Chepa. Kemudian meneruskan pelajaran di peringkat universiti dalam bidang Akidah & Falsafah di Univer- siti Al-Azhar cawangan Shibin El Kom (70km luar dari Kaherah) pada tahun 1992 dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1996. Saya pulang ke Malaysia pada tahun 1997 dan terus menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Usu- luddin, Akidah & Pemikiran Islam di Universiti Malaya sehingga tahun 2000. Selepas itu, saya bekerja di Universiti Sains Islam Ma- laysia sebagai pensyarah. Pada bulan September tahun 2004, saya bermula menyambung pengajian di peringkat PhD di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Pengajian Islam fokus dalam cabang Falsafah dan Akidah sehingga September 2008. Alhamdulillah, sepanjang pengajian saya di peringkat PhD di negara barat, saya tidak mempunyai masalah daripada kecaman orientalis kerana saya di bawah seliaan pensyarah muslim seperti Dr Yassin Doulton, seorang British muslim. Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke Afrika Selatan dan diganti dengan Dr Ayman Sheikh Hadad juga seorang muslim dari Jordan. Sejak saya di bangku sekolah, saya mempunyai banyak persoalan dan tidak jelas dalam beberapa perkara yang saya pelajari teruta- ma dalam bidang usuluddin lalu itu mendorong saya untuk meng- kaji lebih mendalam. Saya memecahkan tembok halangan dalam memahami Bahasa Arab dengan menguasai asas bahasa , membaca buku-buku ilmiah dalam Bahasa Arab dari kulit ke kulit, membaca akhbar serta memperbanyakkan bergaul dengan orang arab. Maka ini memudahkan saya untuk memahami kitab-kitab lama yang di- tulis dalam bahasa arab dan sekaligus membantu saya mendalami dalam bidang yang saya ceburi. Saya dapat mengekalkan penguasaan Bahasa Arab dengan baik sehingga memasuki alam pekerjaan ketika bekerja di kolej swas- ta di Kelantan dan juga di USIM kerana mengajar menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Saya juga pernah bekerja di Mesir selama tiga tahun pada Disember 2013 sehingga Disember 2016 bertugas untuk menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Mesir. Justeru, bahasa tidak pernah menjadi penghalang untuk saya terus belajar dan ini merupakan satu nikmat ilmu yang besar. Bidang akidah ini memerlukan usaha, kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam mempelajarinya. Ianya bidang yang sangat menarik bila kita berjaya merungkaikan kekusutan kerana seperti kita tahu banyak khilaf dalam isu akidah lantaran pelbagai perbin- cangan dan perbezaan antara pendapat ulama’. Tetapi, dalam Temubual bersama : DR MOHD RADHI BIN IBRAHIM AL-HIKMAH.indd 79-80 15/8/2017 1:50:15 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=