MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
4. Dualisme Konsep yang seterusnya dinamai Dualisme. Dualisme pula merujuk kepada agama yang mempercayai kepada dua Tuhan atau dua kuasa iaitu kuasa baik dan kuasa jahat; ‘believing in two forc- es; good and bad’. Ingat tau, key word ialah dua. Dengar Dualisme ingat nombor dua. Senang je kerana ada per- kataan yang sama kan, iaitu ‘dua’. Ok, mari kita teruskan. Ag- ama Dualisme mempercayai bahawa alam angkasa ini ditadbir atau diperintah oleh dua tuhan yang mempunyai sifat yang barlainan iaitu Tuhan yang baik dan Tuhan yang jahat. Ingat, mereka percaya wujud dua tuhan dan kedua-dua tuhan ini mempunyai sifat yang ber- lainan. Satu tu baik, satu lagi tu jahat. Satu tu cerah, satu lagi tu gelap… Contoh agama Dualisme ialah sebagaimana yang terdapat dalam fahaman sesetengah pengikut agama Zarathustra. Kenapa ses- etengah pulak? Ye la kerana tak semuanya mengamalkan konsep ini. Yang ori nye berasaskan Monoteisme. Cuma bila dah ‘berumur’ ada la yang percaya wujud dua tuhan yang bertentangan. Ini kerana agama Zarathustra mengenal adanya dua kuasa yang mempunyai sifat-sifat yang berlawanan antara satu sama lain iaitu kuasa ke- baikan dan kuasa kejahatan. Agama Zarathustra mem- percayai bahawa Ahura Maz- da adalah kuasa kebaikan yang selalu mengurniakan kebaikan seperti kebaha- giaan dan rezeki. Manakala Ahriman pula merupakan kuasa kejahatan yang selalu menyebabkan berlakunya bala bencana dan musibah. 5. Henoteisme Sekarang mari kita tengok konsep yang seterusnya. Kali ini namanya Heno- teisme. Yang ini ada sedikit sebanyak persamaan dengan Politeisme. Sedikit sebanyak je tau, bukan kesemuanya. Jangan silap faham pula. Kalau dah semuanya serupa, tak payahlah susah-susah nak bagi nama lain pulak kan. Betul tak? Betul la… Kenapa? Kerana seper- ti Politeisme, Henoteisme merujuk kepada agama yang mempercayai kewu- judan banyak Tuhan. Mer- eka menyembah kesemua tuhan-tuhan tersebut akan tetapi mereka meletakkan hierarki ketuhanan dalam penyembahan mereka ke- pada tuhan-tuhan tersebut. Dengan kata lain, mereka mempercayai bahawa ada Tuhan yang paling berkuasa diantara banyak tuhan yang mereka sembah itu. Tang ni la mereka tidak sama. Iaitu tidak seperti Politeisme, Henoteisme wa- laupun turut mempercayai kewujudan banyak tuhan, tetapi ia telah mengkla- sifikasikan tuhan-tuhan tersebut. Ia telah meletak tuhan-tuhan tersebut dalam bentuk hierarki. Hierarki ber- maksud bertingkat-tingkat. bertingkat-tingkat maknanya tak setaraf, tak serupa, tak sejawatan. Ada yang rendah, yang sederhana rendah, yang tengah-tengah, yang tinggi, yang lagi tinggi. Be- gitulah seterusnya. Jadi sesetengah penganut agama Zorathustra ini menyem- bah Ahura Mazda untuk mendapatkan pelbagai kebaikan dan menyembah Ahriman supaya mereka mendapat perlindungan dari kuasa tersebut dari segala bencana dan malapetaka. AL-HIKMAH.indd 7-8 15/8/2017 1:48:44 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=