MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
M enyahut cabaran Program pengantarabangsaan ke negara Brunai Darussalam, lima orang mahasiswa/wi tahun dua dari Program Pengajian Akidah dan Agama telah berjaya terpilih sebagai wakil kepada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Program ini dijalankan sempena Program Pemindahan Kred- it di peringkat antarabangsa ke Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunai. Ia berlangsung dalam Semester I, Sesi Akademik 2017/2018 (A171), dari Julai hingga Disember 2017. Cadangan program pemindahan kredit pada semester A171 di UNISSA ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Senat Univer- siti. Antara objektif program ini ialah untuk: 1. Memperluaskan pengalaman pendidikan bagi pelajar FKP. 2. Memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai isu dan perspektif global ber- kaitan dengan bidang ilmu yang diceburi. 3. Membolehkan pelajar men- gamalkan ilmu yang dipela- jari serta mengilmukan apa yang diamalkan. 4. Memperdalam dan memper- luaskan aktiviti MoA yang akan ditandatangani oleh USIM dan UNISSA. 5. Melatih pelajar sebagai duta kecil USIM dan Malaysia. AL-HIKMAH.indd 73-74 15/8/2017 1:50:13 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=