MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

teknik sidang editor cemerlang dan merangka halatuju penerbi- tan Majalah Al-Hikmah. Secara umumnya, Bengkel Pemantapan dan Halatuju Ma- jalah Al-Hikmah tahun 2017 ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian gerak kerja iaitu Pen- genalan dan Halatuju Majalah Al-Hikmah 2017, Kandungan & Strategi Majalah Al-Hikmah dan Gerak Kerja Sidang Editor. Setiap satu daripada gerak kerja mempunyai penelitian tersendiri untuk memastikan pengeluaran majalah lebih teratur dan kemas. Segala perbincangan ini telah dilakukan sepanjang hari pada hari Sabtu dengan pantauan para pensyarah. Pada hari Ahad, satu resolusi telah dilakukan untuk merumus- kan segala perbincangan dan melakukan pengagihan tugas kepada semua ahli jawatankuasa Majalah Al-Hikmah bagi tahun 2017. Lewat jam 1 tengahari, barisan pensyarah dan pelajar bersurai kemudian pulang ke kediaman masing-masing. Bengkel Pemantapan dan Halatuju Majalah Al-Hikmah 2017 ini salah satu usaha untuk menyuntik semangat para pela- jar untuk menulis sesuatu artikel dan menguruskan gerak kerja dalam bidang penulisan. Moga usaha ini diberkati dan menjadi satu batu loncatan untuk terus menghidupkan budaya memba- ca dan menulis dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. P ada 16 Disember 2016 yang lepas telah berlangsungnya Sem- inar Agama Wadhie Dan Peraturan Dalam Pelbagai Agama di DKS 1.2 FKP, anjuran pelajar tahun empat Persatuan Maha- siswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) seramai 91 orang yang terdiri daripada 23 orang lelaki dan 66 orang perempuan. Objektif program ini dilaksanakan pertamanya adalah untuk mem- beri pendedahan kepada para mahasiswa/i mengenai peraturan-pera- turan dalam agama. Keduanya pula adalah untuk menambahkan pengetahuan mahasiswa/wi mengenai etika atau budaya agama-ag- ama lain seperti etika pemakaian dalam agama Sikhism. Ketiga ialah memberi peluang kepada mahasiswa/wi untuk membentangkan tajuk-tajuk yang telah dikaji sebelum ini. Banyak pengalaman yang telah dikongsi oleh para peserta selesai daripada program ini berakhir, antaranya kata mereka para peserta telah diberi pendedahan tentang peraturan dalam agama, seperti ag- ama Islam, Yahudi, Kristian, Sikhism serta membezakan antara satu sama dengan yang lain. Para peserta juga berpeluang untuk menga- jukan soalan-soalan yang bernas kepada para pembentang. Secara tidak langsung banyak ilmu baru dan bermanfaat yang telah mereka dapati hasil daripada seminar ini. Para mahasiswa/wi sangat berharap agar diadakan lagi program yang berbentuk ilmiah seperti ini. Secara keseluruhannya program ini sangat berjaya terutamanya dalam mendedahkan para mahasiswa tentang peraturan yang ada dalam setiap agama. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan pensyarah. SEMINAR AGAMA WADHIE DAN PERATURAN DALAM PELBAGAI AGAMA AL-HIKMAH.indd 67-68 15/8/2017 1:50:09 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=