MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Alhamdulillah program Kembara Islam di Krabi yang telah drancang selama hampir satu tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Gerak kerja berkumpulan yang sangat mantap daripada semua pihak telah mendatangkan hasil yang baik dan dapat dilihat sepanjang program ini berlangsung. Semoga semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi Kembara Islam Di Krabi, Thailand ini dapat mengambil manfaat dan pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Diharapkan juga agar program yang bersifat global seperti ini dapat diteruskan oleh generasi mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama pada masa akan datang. Sesi bergambar bersama anak yatim di Songsermwittaya School selepas memberi sumbangan telekung kepada pelajar perempuan dan kain pelikat untuk pelajar lelaki. P ada 21 sehingga 23 April yang lalu, telah diadakan Bengkel Pemantapan dan Halatuju Majalah Al-Hikmah bagi tahun 2017 selama 3 hari 2 malam di Seri Bayu Resort Hotel, Bagan Lalang, Sepang. Bengkel ini telah disertai oleh 9 orang wakil pelajar Pengajian Akidah & Agama yang juga me- wakili sebagai ahli jawatankuasa Majalah Al-Hikmah 2017 serta dibimbing oleh barisan pensyar- ah Pengajian Akidah & Agama seperti Dr. Rosmizi Bin Abdul Rahman, Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali, Dr. Mihlar Bin Abdul Mutalib dan Puan Roslizawati Bt Ramly. Bengkel ini diadakan bagi mem- beri ruang lebih khusus kepada para peserta untuk mempelajari teknik-teknik penulisan artikel, pengurusan majalah dan mener- bitkan majalah. Ia juga memberi ruang kepada peserta untuk memurnikan manuskrip artikel yang telah disiapkan dan me- mantapkan pengurusan serta halatuju Majalah Al-Hikmah. Selain itu, bengkel ini juga ada- lah salah satu usaha yang akan memberi peluang kepada peser- ta mempelajari dan memprak- tiskan teknik penulisan artikel, memantapkan pengurusan ma- jalah dan juga memberi peluang kepada peserta mempelajari Bengkel Penulisan Al-Hikmah 2017 AL-HIKMAH.indd 65-66 15/8/2017 1:50:08 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=