MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
A ntara aktiviti yang telah dijalank- an dalam program Kembara Islam di Krabi ini ialah: • Mengagihkan barang sumbangan kepada Asnaf dan penduduk Muslim miskin di Kampung Lang Da, Krabi. • Lawatan Ilmiah ke Krabi Aquarium, Andaman Art Museum dan Beads Museum. • Mengadakan kelas Fardhu Ain dan memberikan sumbangan kepada para pelajar di sekolah rendah Anubarn Wangthong Wittaya. • Lawatan Ilmiah ke tempat pemeliharaan alam semulajadi. • Menjalankan pro- gram Bahasa kepada pelajar Muslim di Wangthong School, Krabi. B anyak pengalaman baru yang diperolehi dari program ini. Antaranya ialah: • Mendapat pendedahan dan melihat secara langsung tentang budaya dan cara hidup mas- yarakat Muslim di Hat Yai menjalankan ke- hidupan dan perniagaan mereka serta berpelu- ang berkomunikasi bersama mereka. • Bertukar-tukar informasi mengenai beberapa perkara bersama Masjid Songsermwittaya dan berpeluang membersihkan dan menghias masjid. • Mengetahui adat dan cara masyarakat Muslim Krabi dalam bergotong-royong menyediakan juadah makanan ketika aktiviti masak-memasak bersama pen- duduk kampung. • Mendalami kehidupan mas- yarakat Muslim di Krabi, khu- susnya mereka yang memerlu- kan bantuan melalui program mengagihkan sumbangan. Mereka yang diberi bantuan adalah golongan kanak-kanak, ibu tunggal dan fakir miskin. AL-HIKMAH.indd 63-64 15/8/2017 1:50:07 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=