MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

M ahasiswa Program Pengajian Akidah dan Agama sekali lagi menabur bakti diperingkat antarabangsa melalui program Pengantarabangsaan GISO di Thailand yang dipipmpin oleh Dr. Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman. Pro- gram ini yang diberi nama dan tema “Kembara Islam Di Krabi, Thai- land: Misi Memperkasa Generasi Global” telah berjaya dianjurkan pada 9 hingga 15 Disember 2016. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sumbangan, pembela- jaran dan pengajaran telah berjaya dijalank- an dibeberapa tempat di Thailand, seperti di Masjid Songsermwittaya School, Hat Yai, Kam- pung Lang Da, Krabi, Anubarn Wangthong Wittaya School dan lain- lain lagi. KEMBARA ISLAM DI KRABI, THAILAND ; MISI MEMPERKASA GENERASI GLOBAL Antara objektif program Kembara Islam di Krabi ini ialah: • Menyahut matlamat ‘Global Islamic Students Outreach‘ (GISO) dalam memberi khidmat masyarakat dari aspek sum- bangan tenaga dan ilmu serta melaksanakan misi dakwah dan pengajaran Islam kepada mas- yarakat tempatan dengan melak- sanakan program dan aktiviti ke- pada semua lapisan masyarakat Melayu Islam di sana. • Mengambil peluang untuk mengkaji sejarah kedatangan orang-orang Melayu Islam di wilayah tersebut disamping mempelajari cara kehidupan penduduk setempat dari segi adat dan budaya, sosio-ekonomi, dan cara masyarakat di sana mempraktikkan ajaran Islam di wilayah tersebut. • Memupuk mahasiswa/i glob- al yang mampu menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan melalui pertukaran maklumat, idea serta membu- ka minda mahasiswa/i kepada persepektif yang berbeza dan lebih kreatif dalam memartabat- kan pendidikan USIM ke pering- kat antarabangsa. • Mempelajari serta membuat perbandingan aktiviti-aktiviti atau amalan masyarakat Melayu di sana dengan masyarakat di Malaysia dalam menyambut hari- hari kebesaran Islam. • Merapatkan ukhwah dan seman- gat mahabbah serta tolong-me- nolong sesama pelajar dan masyarakat setempat. AL-HIKMAH.indd 61-62 15/8/2017 1:50:06 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=