MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

aktiviti pelajar P ersatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Ag- ama (PERWADAH) telah mengadakan Intellectual Kalam Seminar (IKS) pada 2 Disem- ber 2016 bertempat di DKF 1.2 FKP. Program ini turut dihadiri oleh wakil pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZA). Antara objektif program ini diadakan ialah pertama menger- atkan silaturahim antara mahasiswa/i USIM dan maha- siswa/i UNISZA. Kedua memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i tentang fahaman-fa- haman yang kian menular dalam kalan- gan masyarakat. Ketiga memberikan peluang kepada para pensyarah FKP untuk memben- tangkan tajuk-tajuk yang telah di kaji. Program ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di hari yang sama. Program ini mempunyai empat slot dari empat orang pemben- tang, antara slot-slotnya ialah Slot 1 Comparative Religion in the Western and Islamic Civiliza- tion : The Real Story Behind Its “History” yang dibentang oleh Dr. Rosmizi B. Abd Rahman, Slot 2 daripada Prof. Madya Dr. Ka- maluddin Nurdin Marjuni men- genai Prinsip Pemikiran Syiah Dan Bahayanya, Slot 3 diben- tang oleh Prof. Madya Dr. Rush- dan mengenai Daish –Terrorism, dan akhir sekali pembentangan daripada Dr. Hamidi bin Ismail mengenai Prinsip-prinsip Pemikiran Liberal dan Bahayanya. Para peserta telah berkongsi pengalaman kepada pihak penganjur dan memberi respon yang positif dengan pengisian program ini. Mer- eka telah diberi banyak pendedahan tentang perbandingan antara agama, pemikiran liberal dan bahayanya , Daesh, terrorism, Syiah dan lain-lain. Pihak Persatuan Mahasiswa Usuluddin UNISZA men- cadangkan agar mengadakan lagi program yang berbentuk ilmiah seperti ini. Secara keseluruhannya program ini sangat berjaya teruta- manya dalam mendedahkan para pe- serta dengan pelbagai fahaman yang kain menular dalam masyarakat pada hari ini. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim an- tara mahasiswa/i UNISZA dan USIM. PROGRAM INTELLECTUAL KALAM SEMINAR AL-HIKMAH.indd 59-60 15/8/2017 1:50:05 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=