MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
penganut agama Hindu mem- percayai kewujudan Tuhan Brahma, Vishnu dan Shiva. Selain daripada tuhan-tuhan ini, agama Hindu juga mem- percayai kewujudan beri- bu-ribu dewa yang dianggap mempunyai kuasa. Sebagai contoh ialah seperti berikut; • Surya (Dewa Matahari). • Agni (Dewa Api Suci). • Indra (Dewa Perang). • Waruna (Dewa Alam Angkasa). • Wertra (Dewa Jahat). • Candra (Dewa Bulan). • Wayu (Dewa Angin). Dan banyak lagi. 3. Panteisme Sekarang kita ber- lalih pula ke konsep yang seter- usnya. Yang ni dipang- gil Panteisme. Seperti yang sebelum ini, Panteisme juga berasal dari perkataan Greek iaitu ‘Panta’. Panteisme meru- juk kepada agama-agama yang mempercayai bahawa setiap benda adalah suci dan mempunyai unsur-unsur ketuhanan. Dengan perkataan lain, agama in mempercayai bahawa Tuhan wujud di dalam setiap benda atau setiap ben- da adalah Tuhan! Kenapa boleh jadi macam tu pulak? Ye la…mereka percaya bahawa tuhan men- ciptakan segala ciptaan ni, tak kira batu ke, pokok ke, tumbuh-tumbuhan lain ke, senang kata semuanya lah, dengan menggunakan dirinya sendiri. Sekali lagi, mereka percaya bahawa tuhan telah mencipta kesemuanya den- gan menggunakan dirinya sendiri. Dalam perkataan lain, kesemua yang dicipta datang daripada dirinya. Oleh kerana tuhan men- ciptakan ciptaannya dengan menggunakan dirinya sendiri, jadi setiap ciptaanya mem- punyai unsur-unsur atau intipati dirinya (tuhan). Se- bagai contoh, sewaktu tuhan mencipta pokok, unsur ketu- hanannya turut meresap ke dalam pokok tersebut. Oleh yang demikian, pokok terse- but dianggap suci. Kenapa? Tidak lain kerana pokok itu mempunyai unsur ketuhanan, kan. Jadi, pokok ini pun dis- embahlah… Antara contoh agama yang mengamalkan sistem keper- cayaan ini ialah agama Hindu. In kerana agama Hindu mem- percayai bahawa adanya kua- sa ketuhanan dan dewa-dewa dalam setiap benda. Oleh kerana itulah, ada sesetengah penganut agama Hindu yang menyembah pelbagai jenis benda yang dipercayai didia- mi oleh dewa-dewa. Mereka menyembah Matahari, Bulan, pokok-pokok besar, sungai dan lain-lain lagi. AL-HIKMAH.indd 5-6 15/8/2017 1:48:37 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=