MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Ketika fajar menyinsing tirai kerinduan Mengintai ruang dan waktu seolah awal tanpa akhir, Titisan air memecah keheningan, Galak kicauan pipit menyanyi, Kala rezeki bertebaran di muka bumi, Insan.. Dikau masih lena dibuai mimpi, Tidak lagi menyahut sang kala bergema di langit biru. Hari demi hari terus berjalan, Insan megah semakin leka, Pabila dunia bertakhta dihati, Insan lupa dalam kealpaan, Pabila harta disanjungi, Mereka semakin angkuh dan bongkak, Pangkat dan darjat menjadi kiblat, Bagai ditimpa penyakit kronik, Itulah al-wahn, Cinta dunia takutkan kematian. Fitrah insan dikatakan tanah asal ciptaan, Lalu mengapa bersifat langit, Sesungguhnya insan benar-benar melam- paui batas, Pabila melihat dirinya serba cukup, Terpedaya dengan keasyikkan dunia, Awas.. Sekali-kali tidak kelak kamu akan men- getahui sehingga kamu berada di alam kubur. Cuba direnung cuba fikirkan, Mengapa ummah banyak percanggahan, Mana kebatilan mana kebenaran, Semuanya kini dalam kesamaran. Kini ku sedari waktu makin merenta, Hingga kebenaran tidak lagi terbela, Orang khianat disanjungi, Orang amanah tidak didukung, Pemimpin zalim bunga dikalung, kesalahan mendapatkan singgahsana, rakyat kecil diseksa, tipu menipu tiada sumbang, Dan keadilanpun kian bermaharajalela, Dalam konspirasi mewujudkan aniaya. Kala senja menyapa, Ketika dunia ini di ambang zaman, Ketika harga diri dijual beli, Kasih sayang dijadikan permainan, Mereka tidak lagi bertaqwa kepada sang kuasa, Akibat terbawa hasutan syaitan, Melanggar janji yang telah dikotakan. Insan, fitrah manusia adalah kesucian, Kembalilah kepada kesucian, Jangan lupa asal kejadian seseorang, Hidup tidak selama-lamanya, Mati tidak selama-lamanya, Hidup pasti merasai mati, Mati sudah semestinya pasti, Itulah hakikat kejadian insan. love_betiks pihak Hamare sendiri kepada masyarakat khususnya ma- hasiswa dan mahasiswi serta golongan-golongan remaja, semoga mesej yangb cuba dis- ampaikan dan dikongsi melalui penulisan serta media sosial ini dapat membuka mata mereka tentang golongan-golongan seperti ini supaya masyarakat kita lebih cakna tentang isu-isu ini. Menurut beliau lagi, Hamare bakal menghasilkan sebuah lagi karya mereka dan bakal diterbit- kan pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun semuanya masih dalam proses menyiapkan karya tersebut disamping masing-mas- ing sibuk dengan komitmen lain. kALAm siswa Senja Dunia AL-HIKMAH.indd 57-58 15/8/2017 1:50:03 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=