MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

B aru-baru ini team majalah Al-Hikmah diberi peluang keemasan untuk men- emu bual salah seorang alum- ni UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA yang sangat hebat bagi mewakili pihak Hamare. Usia yang muda tidak menjadi kekangan kepada mereka untuk berkongsi ilmu dan sedikit pen- galaman buat masyarakat umum. Menurut saudari Syazana, 24 tahun, idea untuk menubuhkan Hamare adalah bermula ketika mereka sedang menjalani latihan industri di MAIP dimana mereka diberikan tugas menguruskan bahagian sosial atau dalam erti kata lain banyak berkomunika- si dengan golongan-golongan yang mempunyai masalah-mas- alah sosial seperti LGBT, bekas penagih, masalah remaja dan sebagainya. Daripada pengala- man-pengalaman inilah yang menjadi idea untuk mereka berkongsi dengan masyarakat tentang cara kehidupan golon- gan tersebut. Tambahan pula, kombinasi daripada kelebihan mereka berempat turut men- jadi asas yang kukuh dalam menubuhkan Hamare ini. “Hamare merupakan perkataan daripada bahasa urdu bermak- sud “kami” merupakan simbolik kepada tulang belakang hamare itu sendiri”. Selain itu, gerak kerja Hamare pula adalah secara berkumpulan. Menurut beliau lagi matlamat utama penubuhan hamare adalah untuk mereal- isasikan sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada ummah melalui penulisan dan juga media sosial. “Tidak semestinya pelajar bidang akidah tidak boleh ter- libat dengan bidang penulisan seperti ini. Ianya ber- mula dengan mi- nat diri sendiri. Bukan mu- dah untuk mendekati masyarakat umum khususnya golongan remaja ten- tang isu-isu seperti ini.” Katan- ya lagi. Atas usaha gigih dan kerja keras mereka, akhirnya pada awal tahun 2016, Hamare telah berjaya menghasilkan sebuah buku “Hidayah Disebalik Jeriji Besi” yang mana memuatkan beberapa cerpen tentang ke- hidupan golongan-golongan seperti LGBT, masalah remaja dan sebagainya. Buku ini diter- bitkan bagi memberikan keseda- ran kepada masyarakat umum tentang gaya hidup kehidupan golongan-golongan ini. Sudah menjadi adat dalam kehidupan seseorang itu, ha- ruslah terdapat cabaran-cabaran yang perlu dilalui dalam perjala- nan untuk mencapai kejayaan. Begitu juga Hamare, cabaran terbesar mereka pada per- mulaan adalah masalah kos penerbitan dan marketing untuk jualan buku. Namun begitu, setiap cabaran yang datang dapat mereka atasi bersama-sa- ma. Pada peringkat awal, jualan buku mencecah sebanyak leb- ih 400 naskah buku daripada Hamare berjaya dijual. Beliau juga turut berkong- si prinsip dan rahsia kejayaan sepanjang penubuhan Hamare ini iaitu, mempunyai niat yang jelas dan kerjasam sesama ahli kumpulan adalah merupakan elemen yang sangat penting da- lam apa jua organisasi sekalipun. Oleh itu, harapan beliau dan Graduan Keluaran PERWADAH “Hamare merupakan per- kataan daripada baha- sa urdu bermaksud “kami” merupakan simbolik kepada tulang belakang hamare itu sendiri”. Selain itu, gerak kerja Hamare pula ada- lah secara berkum- pulan. AL-HIKMAH.indd 55-56 15/8/2017 1:50:02 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=