MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

hasil kutipan tersebut kepada yang memerlukan. Di akhir ritu- al, paderi dibantu oleh beberapa orang pembantu melaksanakan upacara makan malam terakh- ir atau lebih dikenali sebagai “Last Supper”. Setiap penganut diberikan sekeping biskut untuk menjalankan ritual tersebut. Tajuk yang kami bawakan ada- lah cara memerangi keganasan mengikut agama. Meja disusun menjadi bulat untuk memudah- kan perbincangan. Pertemuan ini bukanlah untuk menjatuhkan di antara satu sama lain bahkan bertujuan mempelajari agama masing- masing bagi menge- lakkan daripada berlakunya persepsi-persepsi yang buruk antara satu sama lain. Father Eugene memulakan perbincan- gan dengan menyatakan bahawa setiap agama di dunia mengajar umatnya untuk berdamai serta tidak menyakiti hati umat lain malah mementingkan nyawa orang lain adalah ajaran terbesar dalam setiap agama. Kata beliau lagi, sesungguhnya orang yang menganuti agama tidak akan pernah melakukan keganasan dan membenci antara satu sama lain. Beliau memberi contoh di Indonesia apabila berlaku protes tentang Gabenor Jakarta, Mufti berterus terang dengan fakta dan mengingatkan umat Islam agar terus berada pada jalan agama. Menurut beliau, ini adalah contoh yang terbaik daripada umat Islam dan bukan berterusan menuding jari dan membongkar kejahatan orang lain. Oleh itu, pesanan beliau, apabila kita melakukan kesala- han, maka mengakulah akan kesalahan tersebut dan meminta maaf di atas perlakuan kita yang salah dan bukan terus berdiam diri. Maka, setiap orang yang beragama perlu menghayati dan menjalani kehidupan beragama dengan lebih baik, aman dan damai. Perbincangan diteruskan lagi dengan mendengarkan pandan- gan daripada Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama, Dr Mohd Rosmizi Bin Abdul Rah- man. Menurut beliau, menjadi ekstrimis bukanlah suatu tun- tutan agama kerana agama itu sendiri memberikan ketenangan dan menyeru kepada kehidupan yang aman dan harmoni. Jadi, sebagai seorang penganut ag- ama yang sejati, sebarkanlah ke- bahagiaan, keamanan lalu dunia akan menjadi lebih tenang tanpa kekalutan dan pergaduhan. Seterusnya, pihak gereja St Theressa berharap agar jali- nan antara pelajar USIM dan gereja berterusan. Di antara program-program yang bakal dijalankan adalah “Daripada Wanita kepada Wanita”, “Ke- bajikan dan Cara Melakukan- nya” dan banyak lagi. Mereka juga ada menyatakan hasrat untuk mengadakan kunjungan balas ke USIM dan berziarah ke masjid- masjid dalam usaha menolak bait-bait permusuhan antara agama Islam dan Kristian. Ujar mereka lagi, mulakanlah kebaikan dan buktikan bahawa berbuat baik bukanlah suatu kerugian. 13 NOVEMBER 2016 OLEH : NOR NABILAH SENAWI AL-HIKMAH.indd 47-48 15/8/2017 1:49:40 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=