MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
P ada 13 November 2016, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Ag- ama dengan kerjasama Dakwah Islamic Management Associa- tion (DIMAC) telah menjalankan sebuah program Malaysia Har- mony Visit yang bertempat di St Theressa Church, Nilai. Program ini bertujuan membina jalinan bersama komuniti Kristian dan melihat sendiri bagaimana ritual yang dilaksanakan oleh penga- nut Kristian selain hanya men- dengar di radio dan membaca di media sosial. Kami telah memilih hari Ahad kerana ianya merupa- kan hari bagi penganut Kristian bersembahyang. Daripada pihak Perwadah, kami bawakan dua orang pensyarah yang pakar dalam bidang perbandingan ag- ama iaitu Dr Mohd Rosmizi Bin Abdul Rahman dan Dr Nashief Disomimba selaku pensyarah pengiring. Manakala pihak ge- reja diwakili oleh Father Eugene selaku paderi yang bertugas di gereja tersebut serta penganut agama Kristian yang hadir untuk bersembahyang pada hari terse- but. Gereja St. Theresa berada di tepi jalan berhadapan dengan kuil Hindu. Walaubagaimanapun, hanya kelihatan sisa bangunan yang hangus dijilat api jika dili- hat di bahagian tepi jalan. Akan tetapi, pada bahagian belakang bangunan yang hangus terba- kar, terdapat sebuah bangunan yang baru dibina. Menurut Father Eugene, punca bangunan tersebut terbakar adalah kerana litar pintas. Menurut beliau lagi, gereja ini telah ditubuhkan oleh Uskub Domanic Vendagen pada tahun 1935. Uskub Domanic Vendagen telah meninggal dunia ketika berusia 92 tahun. Jum- lah umat atau penganut Kris- tian Katolik seki- tar Nilai adalah seramai 2200 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pengikut Kristian Katolik juga bertambah setiap tahun dan terdiri dalam kalangan pelajar dan keluarga. Tambah Father Eugene lagi, bahasa pen- gantara yang digunakan dalam khutbah beliau adalah bahasa Melayu dan Inggeris. Meskipun begitu, pada sambutan dan per- ayaan tertentu seperti pada Hari Natal dan Hari Easter, bahasa yang digunakan bertambah iaitu Tagalog, Filipina, Indonesia dan Nigeria. Setibanya di gereja St. Ther- essa, semua pelajar yang hadir terus masuk ke dalam dewan sembahyang dan mengikuti upacara ritual penganut Kris- tian. Uniknya, terdapat beberapa pergerakan dalam agama Kris- tian antaranya berdiri, melutut, dan duduk. Setiap doa yang dipohon dialunkan dalam bentuk nyanyian diirin- gi kumpulan koir yang terlatih. Setiap bacaan daripada kitab suci mereka iaitu “The Holy Bible” dibacakan oleh orang yang berbeza. Alangkah beruntun- gnya kami kerana pada hari tersebut merupakan hari tera- khir tahun kerahiman menurut kepercayaan Kristian. Oleh itu, setiap kanak- kanak diberikan sebuah tabung dan mengumpul sebanyak mungkin hasil tabun- gan untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Sebelum diagihkan kepada yang memer- lukan, semua hasil kutipan akan diserahkan ke Pope di Vatican City. Kemudian Pope dan ahli lembaga gereja akan serahkan Jumlah umat atau penganut Kristian Katolik sekitar Nilai adalah seramai 2200 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa sama ada di dalam mahupun di luar negara. AL-HIKMAH.indd 45-46 15/8/2017 1:49:40 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=